Loading...
BRIDGWATER, Britain - Seorang pegawai keselamatan, Darrell Welsh dipecat kerana dia merakamkan penyelianya sedang tidur pada waktu bekerja sebelum menyiarkan klip video tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebaliknya, penyelia itu dibenarkan untuk terus bekerja selepas wanita berkenaan memberi alasan kepada pihak atasan bahawa dia bukan tidur ketika bertugas di bilik kawalan tetapi cuma 'merehatkan' matanya yang letih.
Darrell, 28, merakam klip video selama 30 saat itu dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika bertugas syif malam di sebuah gudang di sini, England, baru-baru ini.
Dia didapati bersalah kerana salah laku yang serius oleh syarikat VSG yang merupakan majikannya.
"Anda tahu dia sedang tidur dengan melihat gerak badannya," kata Darrell.
"Hukuman ini langsung tidak adil," tambahnya kepada akhbar The Sun. - Agensi
1 Ulasan
memang xadil.sepatutnya penyelia tu la kena pecat..isyk2
BalasPadamjerit kat sini