Syarikat Eropah Guna Minyak Goreng Sebagai Bahan Bakar

Syarikat Eropah Guna Minyak Goreng Sebagai Bahan Bakar

Loading...

AMSTERDAM -
Dua syarikat penerbangan Eropah baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menerbangkan satu atau dua pesawat mereka dengan bahan bakar minyak goreng. BBC melaporkan bahawa syarikat penerbangan Belanda, KLM, akan menggunakan biokerosene , atau sisa minyak goreng yang sudah terpakai, sebagai bahan bakar pada sekira 200 penerbangan antara Amsterdam dan Paris. Sementara, syarikat Inggeris Thomson Airways mendakwa akan menggunakan bahan bakar sama pada sebuah penerbangan dari Birmingham, Inggeris, ke Palma, Mallorca. Demikian dilansir Cnet , Minggu (3/7/2011).
Ini bukanlah kali pertama sebuah syarikat penerbangan menguji penggunaan bahan bakar ramah lingkungan. Pada 2008 lalu, Air New Zealand menerbangkan salah satu Boeing 747 miliknya menggunakan minyak masak sebagai sebahagian dari bahan bakarnya. Tentu saja, tujuan dari polisi ini adalah agar mereka boleh mengurangkan pembebasan karbon yang dihasilkan dari bahan bakar pesawat terbang. Meski demikian, beberapa pemerhati meragukan apakah KLM dan Thomson membuat keputusan yang tepat dengan mengumumkan dasar tersebut.
Pasalnya, boleh jadi sebahagian penumpang tidak merasa selesa jika mengetahui pesawat yang mereka tumpangi menggunakan bahan bakar 'eksperimen'. (van)


sumber:Defanie Arianti - Okezone

Catat Ulasan

0 Ulasan