SIAPA DIRUMAH MONA FANDEY??

SIAPA DIRUMAH MONA FANDEY??

Loading...
Cerita ni dah lama tapi aku baru je tahu dan baru je terjumpa artikel ni...
so apa kata kita sama2 baca..

Pengunjung misteri kat rumah mona fandey!!!

RUMAH Mona Fandey di Kampung Peruas, Ulu Dong
dekat Raub yang dipenuhi semak-samun.


RAUB - Rumah tempat berlakunya kes pembunuhan ngeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 bahagian pada 1993 kini dikatakan menimbulkan misteri kerana ada pengunjung menjelang tengah malam.

Diterangi cahaya lilin, sekali-sekala kedengaran seperti suara manusia walaupun amat perlahan tanpa diketahui berapa ramai yang berada di rumah yang terletak di Kampung Peruas, Ulu Dong itu.

Kemunculan penghuni misteri di rumah milik Maznah Ismail atau dikenali sebagai Mona Fandey itu dikatakan bukannya setiap malam, tetapi hanya pada malam-malam tertentu yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Siapa mereka, tiada yang tahu kerana penduduk lebih senang mengambil sikap berdiam diri kerana bimbang ia menimbulkan perasaan takut terutama di kalangan kanak-kanak.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui, Abdul Hadi Fuad, 41, mendakwa, mereka yang pernah ternampak atau terdengar kedatangan penghuni misteri ke rumah tersebut tidak akan mengulas mengenainya.

SEORANG penduduk menunjukkan laluan ke arah rumah Mona Fandey.

"Kami anggap mereka yang datang itu hanyalah golongan penagih dadah atau pemuja nombor ekor kerana orang biasa tidak akan ke situ pada tengah malam.

"Keadaan rumah tersebut juga semakin hari semakin teruk dan kini dipenuhi semak-samun," katanya.

Menurut Abdul Hadi, walaupun cerita kes pembunuhan ngeri itu telah menjadi sejarah, suasana di kampung tersebut mengalami perubahan mendadak selepas setahun kemudian.

"Dulu kami tidak kisah hendak keluar malam untuk ke mana-mana tanpa ada halangan dan kenderaan pun banyak yang keluar masuk walaupun hari telah gelap.

"Sekarang senario begitu sudah tidak wujud lagi malah sebelum pukul 5 petang lagi, kampung ini sudah sunyi sepi dan anak-anak pun tak dibenarkan bermain di luar rumah," ceritanya yang tinggal selang tiga pintu dari rumah tinggal tersebut.

Kes pembunuhan ngeri itu telah menjadikan kampung tersebut dikenali ramai ekoran liputan meluas yang diberi oleh pihak media.

Pembunuhan itu dilakukan oleh seorang bomoh wanita ilmu hitam, Mona Fandey, 37, bersama suaminya, Nor Affendy Abdul Rahman, 36, serta pembantunya, Juraimi Husin, 23.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah membunuh ADUN tersebut dengan mayatnya dikerat kepada 18 bahagian dan semua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2002.

Sementara itu, ketua kampung berkenaan, Jamaludin Husin berkata, cerita-cerita mengenai wujudnya pengunjung dan cahaya tersebut tiada kaitan dengan perkara-perkara yang tahyul.

"Sebaliknya, kemungkinan besar mereka adalah penagih dadah yang mengambil kesempatan kerana tidak ada siapa yang berani pergi ke rumah tersebut pada waktu malam," jelasnya.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa memantau keadaan di rumah tersebut atau memusnahkannya sahaja.

KOSMO

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sekarang umah dia dah di robohkan dah :)

    jadi parking kete ,sebab ade tmpat air terjun dekat kawasan tu :)

    heeeeeeeee..cmne saya tahu ? org pahang ..hihihi

    BalasPadam
  2. oowh ye ke...mesti dah cantik...leh upload pic tak?

    BalasPadam

jerit kat sini