SESEKALI TENGOK KAMBING....BEST WOOO....

SESEKALI TENGOK KAMBING....BEST WOOO....

Loading...
Kambing-kambing di atas pokok boleh ditemui di Maghribi. Kambing-kambing ini memanjat pohon untuk memakan buah dari pohon Argan, yang serupa dengan buah zaitun. Para petani tempatan biasa mengikuti kumpulan-kumpulan kambing ini apabila mereka berpindah dari satu pohon ke pohon yang lain. Bukan kerana ingin melihat keanehan ini, melainkan berusaha mendapatkan biji-biji kacang dari sisa buah yang biasanya tidak dimakan oleh kambing-kambing itu. Tiap kacang mengandungi 1 hingga 3 biji yang boleh digunakan untuk membuat minyak Argan dan bahan kosmetik yang lain. Minyak ini telah digunakan orang selama beratus-ratus tahun, tetapi perlahan-lahan pohon Argan semakin sukar ditemui akibat kayunya yang sering ditebang dan juga akibat kerosakan disebabkan kambing-kambing yang memanjatnya. Untuk itulah sekumpulan orang dan organisasi cuba berusaha untuk menyelamatkan pokok ini dengan menjadikan lokasi utama dimana pokok ini tumbuh sebagai kawasan lindungan. Mereka juga ingin dunia memberi perhatian pada minyak Argan ini, rasanya yang lazat dan mengandungi bahan anti-penuaan akan banyak dicari orang. Bagaimanapun juga akan sukar untuk menjual minyak ini, jika orang yang akan menggunakannya untuk wajah atau memakannya menyedari dan terbayang minyak ini diperolehi dari sisa makanan kambing. Untuk itulah satu kempen direka untuk mencegah kambing-kambing itu memanjat pokok-pokok Argan pada masa-masa tertentu dalam setahun untuk membiarkan buah-buahnya masak dan jatuh dengan sendirinya. Biji-bijinya lalu dikumpulkan dan diproses menjadi minyak.

Jom layan gambar lak...





Hah??amacam???...
tempat aku dulu memang banyak kambing..dah biasa tengok..tapi yang spesis gini mmg x pernah tengok...memang pelik giler..

Monyet panjat pokok ... biasa tengok
Orang panjat pokok ...... biasa tengok
Orang terjun pokok ...... biasa tgk
Orang gantung diri dari pokok ...... x pernah tgk tapi biasa dengar
Orang yang bunuh diri atas pokok ..... tengok dalam paper je.
Kambing ramai2 naik sampai tingkat lima rumah flat ..... pernah tengok
Kambing ramai2 panik x reti nak turun dari tingkat lima rumah flat ......... pernah tengok
kambing terjun dari dari peringkat lima rumah flat ....... err...x pernah nampak lagi
tapi kambing panjat keter....biasa wooooo...

p/s aku jenguk kat sini;
http://greenboc.blogspot.com/2011/01/bergambar-video-kisah-benar-ada-kambing.html

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini