Loading...
Nama Aneh Dilarang di New Zealand
Gambar: Pelakon Victoria Beckham pun menamakan puteranya dengan nama yang aneh Harper Seven (Daily Mail)
AUCKLAND -
Penggunaan Lucifer atau Adolf Hitler atau nama-nama aneh yang lain terhadap bayi yang baru lahir merupakan hal yang dilarang di New Zealand. Kerajaan New Zealand juga melarang penggunaan gelaran Duke, Baron, Bishop, Agung, Judge, King, dan lain-lain bila disandingkan di nama anak . Hal ini dianggap terlalu berlebihan.
Salah satu hakim di New Zealand juga memperingatkan para ibu bapa untuk tidak memberikan nama yang aneh terhadap anaknya kerana hal tersebut akan menyebabkan trauma psikologi terhadap sang kanak-kanak di masa yang akan datang. "Ini sama saja dengan membodoh-bodohi dan merendahkan si anak, "ujar hakim Rob Murfitt, seperti diberitakan Daily Mail , Sabtu (23/7/2011). Selain terlihat konyol, penamaan anak dengan nama-nama aneh ini juga dinilai akan menyulitkan sang anak bila mereka mengisi borang-borang pendaftaran.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak di New Zealand lahir dengan nama Talula Does The Hula From Hawaii. Nama anak ini pun menjadi perhatian serius bagi Kerajaan New Zealand. Sementara itu kes yang sama pun terjadi di Sweden, seorang kanak-kanak lahir dengan nama Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116, kanak-kanak ini dipanggil dengan sebutan Albin. Ibu bapa Albin memberi nama anaknya sebagai protes terhadap undang-undang pemberian nama di Sweden. Meski demikian, pelakon Hollywood Sylvester Stallone juga memberi nama anaknya dengan nama yang aneh iaitu Sage Moonblood, begitu pula pengarah Steven Spielberg yang memanggil puteranya dengan nama Destry. (rhs)
P/S Pastikan anda memberi nama anak anda nama yang baik dan indah maksudnya disisi Islam

0 Ulasan
jerit kat sini