MATAKU NAMPAK HANTU LAGI

MATAKU NAMPAK HANTU LAGI

Loading...
IMEJ HANTU MUNGKIN ROH ISTERI BANGSAWAN
sIRI 1;





GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan imej hantu (kanan) di Istana Gwrych, Wales yang dipercayai roh Winifred (kiri).

ABERGELE, Wales - Gambar hantu yang dirakam pemilik sebuah syarikat,Kevin Horkin di tingkap sebuah istana terbiar di sini mungkin roh seorang bangsawan, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu yang menghubungi pakar-pakar melaporkan, imej wanita tersebut mungkin roh Winifred iaitu isteri kepada pembesar Earl of Dundonald yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Wanita itu mewarisi Istana Gwrych pada 1894 yang dikatakan sebagai salah satu tapak paling berhantu di United Kingdom.

Penduduk tempatan di Abergele, utara Wales percaya wanita itu bergaduh dengan penjaga istana berkenaan, Bill Price dan mengganggunya selepas dia meninggal dunia pada tahun 1924.

Price akan mengunci perpustakaan pada waktu malam di istana itu pada waktu malam tetapi pada keesokan harinya, dia mendapati terdapat barang yang telah dialih secara misteri.

Seorang penulis kisah hantu, Mark Baker memberitahu bahawa hubungan Price dan Winifred tidak begitu baik.

"Mungkin masalah itu berterusan sehingga mereka mati," kata Baker.

Namun, bekas jurugambar, Harry Moffitt, 76, percaya bahawa hantu itu ialah orang gaji yang mati akibat terjatuh dari kuda.

Moffitt mendakwa dia ternampak hantu yang sama semasa mengunjungi istana itu 60 tahun lalu. - Agensi


Siri 2;

GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.

ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda ditingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele,Utara Wales.

Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah.

Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.

“Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kataHorkin.

Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.

Istana itu dibina pada tahun 1819. – Agensi

Catat Ulasan

0 Ulasan