Keganasan Osama Pindah ke Papan Catur .....macam-macam

Keganasan Osama Pindah ke Papan Catur .....macam-macam

Loading...
Catur Osama bin Laden vs pasukan AS (Gambar: Daily Mail)


KABUL -
Sekilas permainan catur yang dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat (AS) ini sama seperti papan catur pada umumnya. Tetapi ketika dilihat saksama, ternyata bidak caturnya ada yang berbentuk Osama bin Laden.

"Terror Chess" atau "Chess Teror" menjadi permainan yang sering dimainkan oleh tentera AS yang bertugas di Afghanistan. Bidak caturnya dibentuk sedemikian rupa hingga membentuk tokoh Osama bin Laden, Presiden Amerika Syarikat hingga bangunan World Trade Center yang sudah rata dengan tanah.

Beberapa versi catur ini diubahsuai menjadi versi tentera AS atau pasukan Inggeris. Tetapi lawannya adalah Osama bin Laden. Demikian diberitakan Daily Mail, Jumat (22/7/2011).

Tidak hanya bidak catur yang unik, papan caturnya pun dibuat tidak biasa. Tampak pada permukaan papan catur digambar peta kawasan negara Afghanistan.

Papan catur penuh kontroversi ini dibagi dalam dua versi. Versi Amerika, bidak raja disimbolkan sebagai Presiden Amerika Syarikat, sementara ratu disimbolkan sebagai patung Liberty. Sementara dua bidak gajah diertikan sebagai penembak tepat AS dan dua bidak kuda dibentuk sebagai perajurit angkatan darat AS.

Dua bidak terkini yang melengkapi catur AS ini adalah benteng yang dibentuk sebagai gedung World Trade Center yang runtuh dalam serangan pengganas 2001 silam.

Sementara perbezaan pada bidak catur Inggeris, hanya terletak pada raja dan ratu dan benteng. Raja pada papan catur Inggeris diertikan sebagai Perdana Menteri David Cameron dan ratunya adalah Ratu Inggeris. Sedangkan benteng dibentuk seperti Menara London.

Kedua-dua versi catur AS dan Inggeris ini mempunyai lawan yang sama iaitu Osama bin Laden. Bisa diartikan lawan catur AS dan Inggeris adalah kumpulan Al-Qaeda dan Taliban.

Pada bidak raja dibentuk seperti Osama bin Laden, sedangkan ratu adalah perempuan yang menggunakan burka. Sementara bidak gajah, kuda dan benteng dibentuk menjadi ulama, pelaku bom bunuh diri dan militan yang mempunyai pelancar bom tangan.

Papan catur yang dibuat oleh Hobby Leisur Manufacturing ini adalah buah fikiran Jeffrey Train dari Kanada. Train adalah pemilih syarikat yang juga bekas tentera Kanada.

Kini, permainan itu laku keras dikalangan tentera campuran yang bertugas di Afghanistan. Mereka kerap memainkannya di waktu senggang.

sumber:Jagad unik

Catat Ulasan

0 Ulasan