Ini saja buat ibu.....sesudu bubur

Ini saja buat ibu.....sesudu bubur

Loading...
Malam itu saya melihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan die penjuru rumah.ibu mengongcang-gocang dan maraup butiran beras didalam tin itu.hanya ada dua tin susu sahaja yang berbaki.beras sudah hampir habis rupanaya.pada siapa ibu mengadu?ayah?saya tahu,ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

"ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan.saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu lalu memasukkannya ke dalam periuk.air dituang sehingga penuh.setelah hampir sejam,ibu masukkan j=kedalam sepuluh pingan yaNG sudah tersedia.

"bubur nasi itu berASAP..seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga anak yang paling bongsu.makanlah kamis epuluh beradik sehingga pingan licin bersih.malam itu kami tidur dengan nyeyaknya.

"pagi,kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan,ibu menyalakan api untuk memasak .ibu mengambil baki beras di dalam tin susu.sekali lagi ibu membuat bubur cair .

"seperti semalam juga,kami menghirup bubur hingga habis.bubur itu,walaupun cair,saya rasakan begitu enak sekali.kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya dengan membasuh pingan dan periuk.ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.

"tengah hari itu pun begitu.bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik.setiap waktu makan,saya perhatikan ibu pasti menadah tangan beryukur kerana dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi.mungkin juga ibu beryukur walaupun hidup miskin dan susah,tetapi kami tidak meminta-minta.kemudian,saya lihat ibu berpaling ke belakang.masuk hari ketiga,kaka kami yang sulung memandang ke arah ibu yangs edang duduk membelakangi kami adik-beradik.saya tidak menyangkan,seperti saya ,kakak juga perasan ibu akan membelangkkan kami semasa menikmati bubur cairnya.yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk."saya tidak tahu kenapa.apakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? atau,ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?

"perlahan-lahan kakak mengengsotkan badannya mendekati ibu.alangkah terkejutnya kakak apabila rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu didalam mangkuknya yang sebenarnya kosong.tiada sebutir pun bubur nasi pun didalam mangkuk ibu!
"kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnye.kami adik-beradik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang paling bongsu.kemudian kami serami sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.

"kami sedih.kami tahu ibu sedang kelaparan,tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami.ibu berkorban untuk kami,ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.

"setelah semua menghadiahkan sesudu bubur nasi,saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu.kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersam tadi.

"makanlah mak!"kata kakak,perlahan.
"ibu berpaling memandang kakak.tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan,ibubingkas bangun,kemudian terus berlari ke bilik dan manutup pintu.kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik...."

Saya terus mematikan radio.saya tidak sangup mendengarnya lagi.dada saya sebak,mata saya digenangi air.cerita seorang pendengar kepada stesen radio berkenaan sempena hari ibu pada tahun lalu itu terlalu sedih.dan,saya masih mampu mengingatinya walaupun setahun sudah berlalu.
alangkah bertuahnya pendengar tadi kerana menpunyai seorang ibu yang setabah ibunya...
-ezzah

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini