HUBUNGAN JIN DAN MANUSIA

HUBUNGAN JIN DAN MANUSIA

Loading...
Jenis-jenis Jin
Hadis menjelaskan bahawa jin terbahagi kepada tiga jenis. Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Allah mencipta Jin 3 jenis. Sejenis berbentuk ular dan kala jengking serta serangga. Sejenis lagi seperti angin di udara. Sejenis lagi akan dikenakan hisab dan hukuman.” - Hadis lemah riwayat Ibn Abi Dunya dan Ibn Mardawaih.

Hubungan Manusia Dengan Jin
Al-Qur’an menjelaskan tentang interaksi manusia dengan Jin. Terdapat dua bentuk interaksi. Pertama interaksi dalam bentuk mereka tunduk dan patuh kepada manusia. Ini berlaku kepada Nabi Sulaiman as sebagai satu bentuk mu`jizat dan kelebihan.
Kedua interaksi dalam bentuk seruan dakwah sebagaimana berlaku kepada baginda saw. Hadis-hadis tentangnya telah dijelaskan sebelumnya.

Ketiga interaksi dalam bentuk manusia meminta perlindungan kepada Jin. Ini disebut dalam surah Jin. Interaksi sebegini tidak akan mendatangkan kebaikan sebagaimana ditegaskan oleh Allah dalam firmanNYa:

Maksudnya: “Dan bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (al-Jin 6)

Keperluan Hidup Jin
Hadis menjelaskan Jin mempunyai keperluan makan dan minum. Mereka berkongsi makanan dengan manusia sekiranya tidak dibacakan Basmalah. Seorang sahabat makan dengan tidak membaca Basmalah. Apabila makanannya tinggal satu suap sahaja lagi, ketika menyuapnya ke mulut beliau membaca Bismillahi Awwalahu Wa Aakhiru.

Baginda lantas ketawa kemudiannya bersabda: “Syaitan terus makan bersamanya. Tatkala dia menyebut nama Allah, syaitan memuntah apa yang ada dalam perutnya.”-Hadis riwayat Abu Dawud.

Tetapi bagaimana cara makan dan minum mereka? Adakah mereka makan makanan tersebut secara fizikal? Wallahu A`lam.
Mereka juga mempunyai makanan khusus sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw:

Maksudnya: “Janganlah kamu beristinja’ dengan tahi dan juga tulang kerana ianya merupakan bekalan makanan saudara-saudara kamu di kalangan Jin.” -

Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi.

Catat Ulasan

0 Ulasan