Loading...
Setiap bulan Ramadhan, sebahagian penduduk Kuala Terengganu akan mendengar bunyi tembakan bedil. Itu menandakan waktu berbuka puasa sudah masuk atau tamat waktu imsak.
Sebelum tahun 1990, penduduk Kuala Terengganu mempunyai dua isyarat untuk mengetahui waktu berbuka puasa atau waktu imsak iaitu bunyi genta (loceng besar) dan bunyi bedil. Bedil ditembak dari atas Bukit Pak Apil berdekatan Taman Panorama sekarang. Bunyi tembakan ini dapat kedengaran dalam jarak 8-10 km.
Pihak Polis telah dipertanggungjawab untuk menyeliakan tembakan bedil ini. Tembakan ini menggunakan bunga api. Bunga api yang bersaiz 12 inci digunakan untuk menghasilkan bunyi yang padat. Besi paip yang bersaiz besar digunakan untuk melancarkan bunga api ke udara. Sebanyak 8 batang paip dipacak di atas tanah. Untuk berbuka puasa hanya sebatang paip sahaja yang digunakan dan waktu imsak dua batang. Manakala untuk menandakan esok mula berpuasa atau hari raya, kesemua lapan batang paip akan digunakan.
Pelancar akan digunakan untuk menembak bunga api dan pelancar ini dikawal dengan alat kawalan yang diletak 30 meter dari jarak pelancar tadi. Apabila suis ditekan, satu bunyi kecil kedengaran dan dalam masa 5 saat bunga api akan terpancar di udara dengan bunyi yang padat. Percikan bunga api sangat cantik dan sepanjang bulan ramadhan bandaraya Kuala Terengganu bermandikan bunga api pada waktu berbuka dan waktu imsak.
Bagi penduduk Kuala Terengganu, dentuman tembakan bedil amat sinonim dengan bulan Ramadhan atau sebaliknya. Malah, sesetengah mereka merasakan “tidak sah” apabila untuk beberapa tahun di awal tahun 2000an dentuman bedil tidak kedengaran.
Namun, saya baru mengetahui bahawa betapa ramainya penduduk Kuala Terengganu sendiri tidak mengetahui di mana sebenarnya lokasi bedil itu ditembak. Dari perbahasan dalam beberapa posting di blog Awang Goneng (http://kecek-kecek.blogspot.com/) [penulis buku "Growing Up in Trengganu"] benar-benar menunjukkan sememangnya ramai penduduk Kuala Terengganu yang sekadar agak-agak sahaja lokasi tembakan dentuman yang menandakan waktu berbuka puasa, waktu imsyak dan tanda mulanya Ramadhan dan Syawwal.
Semenjak kecil lagi, saya sememangnya sentiasa melihat tembakan ini. Dari kawasan perumahan kuarters kerajaan Lorong Mok Pe, memang kita dapat lihat dengan jelas cahaya lonjakan bahan letupan dari rumah kecil berwarna putih di puncak Bukit Pak Apil.
Dengan bunyi kecil “duup” apabila bahan tersebut melonjak tinggi ke udara hinggalah dentuman kuat apabila bahan tersebut meletup kurang tiga saat selepas itu. Memang mengasyikkan bagi kanak-kanak kecil apabila beberapa das tembakan dibuat bagi menandakan mulanya bulan puasa atau esoknya kita akan berhari Raya.
Semasa kecil, ketika dalam perjalanan berbasikal dengan ayahanda ke Masjid Putih untuk solat Subuh, dentuman menanda waktu imsyak selalunya berbunyi ketika kami sedang berkayuh di Jalan Paya Bunga yang sunyi dan lengang. Cahaya dari bahan letupan yang sedang melonjak tinggi ke udara dapat menerangi suasana yang gelap sebelum subuh itu.
Apabila pulang dari KL untuk berhari Raya semalam, saya terus menjejak tapak tembakan bedil tersebut dan mengambil gambar untuk dikongsi bersama dan agar tidak lagi timbul kesangsian di kalangan penduduk Kuala Terengganu. Sayangnya sekitar tapak tembakan bedil itu kini sedang berubah. Lereng bukitnya sudah digondol. Malah, kalau dulu sukar untuk melihat pondok tempat tembakan tersebut kini sudah dapat dilihat dengan jelas dari bandar – hampir mana-mana lokasi sebelah timur bukit tersebut.
p/s...seandainya bedil di Terengganu tidak berbunyi..sepertinya irama tanpa lagu...hening dan sunyi...

12 Ulasan
kak, bedilan tu masih beroperasi sampai sekarang ke?
BalasPadammemang menariklah..=)
@Herma Julianny
BalasPadammasih lagi..kalo pada pagi raya bedilnya banyak kali..tapi akak dah lupa berapa kali..dulu masa kecik2 bedil inilah yang ditungu2..bila berbunyi..kitaorang bersorak2 gembira..ye la..budak2..
Saya zaman kanak-kanak dulu duduk di Chendering...(Kampung Halaman) Boleh dengar dengan jelas bunyi bedil ni. Tapi hari ni dah tak dapat dengar bila waktu berbuka tapi untuk tamat sahur masih kedengaran walaupun tak kuat sangat. Memang saya tak tahu kat mana Bedil ni di letupkan....Thankkkk... Memang Happening kita di Kuala Terengganu tak payah sakit tekinga nak dengar iklan yg berlambak sebelum azam berbuka.... Tengah asyik dok layan You Tube tiba-tiba terdengar bedil berbuka..... Memang Happening
BalasPadam@gen2felda
BalasPadambetul3..menggamit nostalgia sungguh
Kcik2 dlu slalu ikut ayah g ltup mriam bbka pose ni,best oo,nsib baik tme prstwa mriam ltup kt bwah tu tk ikut,lau tk tktawla..hu,hu,hu..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

BalasPadamjerit kat sini