Bila masuk kerumah(blog) orang,jangan main redah je....Gali kena lebih Beb!!!

Bila masuk kerumah(blog) orang,jangan main redah je....Gali kena lebih Beb!!!

Loading...
Dulu..bangun pagi sambil pekena teh tarik dan nasi lemak..time tu la masa yang sesuai utk ngadap segala jenias akhbar yang berada dipasaran...
Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times, The Star, Sinar Harian, Harian Metro, Kosmo, The Sun, The Edge, Financial Daily dan The Malaysian Reserve.Sebahagian akhbar itu sudah tidak ada.Banyak anak muda sekarang tidak membaca akhbar harian, tetapi mereka memperoleh berita daripada akhbar-akhbar yang sama juga, tetapi dari atas talian: Utusan Online, Berita Harian Online, NST Online, Star Online, MStar, Metro Online, Kosmo Onlie, Sun Online dan The Edge Online.
Dan semuanya melalui on9.

Tetapi dengan munculnya Internet dan laman-laman web biasa yang boleh memaparkan apa saja tanpa kekangan media berlesen, maka mulalah orang awam disuap dengan tulisan dan komen-komen yang hanya berisi dengan maki hamun dan sumpah seranah, memberi gelaran buruk, mencarut dan menggunakan kata-kata kesat.

Keadaan ini berlaku kerana banyak orang ramai yang menulis tidak dapat mengungkap pemikiran dan perasaannya. Apabila mereka tidak berupaya mengemukakan hujahnya secara jelas dan teratur, maka apa yang dilakukan hanyalah memaki hamun.apa kes ni bro...malah dalam ruangan komen pun(baik di blog,FB mahupun Twitter)ramai yang menggnakan kata2 kesat,caci maki..
Tak elok tau,tak manis...orang yang membacanya pun geleng kepala tau..Jadi kita sebenarnya berada dizaman mana??zaman maju ke??..

Berbeza pendapat dan bertukar fikiran adalah penting bagi pembinaan tamadun. Tetapi memaki hamun dan menulis dengan kata-kata kesat hanya menumpulkan minda seseorang. Sebab itulah aku sebolehnya cuba untuk mengelak diri daripada membaca komen-komen yang tidak beradab itu, bukanlah kerana tidak sanggup untuk membaca pandangan yang berbeza, tetapi jiwa bersih yang bersopan ini tidak sanggup membaca kata-kata buruk dan kesat yang sering orang tulis dalam komen-komen itu.

Cuba bayangkan, dari kecil anda dididik dalam keluarga dan masyarakat Melayu yang bersopan santun dan berbudi bahasa dan mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat, serta dibesarkan dengan akhbar yang berbahasa tertib, tetapi kini tiba-tiba kita semua terasa seolah-olah hidup dalam zaman penuh biadab.
Maaf andai terasa....
.

Catat Ulasan

0 Ulasan