Bila Imam Ghazali berteka teki

Bila Imam Ghazali berteka teki

Loading...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

Imam Ghazali: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: "Orang tua"

Murid 2: "Guru"

Murid 3: "Teman"

Murid 4: "Kaum kerabat"

Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).


Imam Ghazali: "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1: "Negeri Cina"

Murid 2: "Bulan"

Murid 3: "Matahari"

Murid 4: "Bintang-bintang"

Iman Ghazali "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ".


Iman Ghazali: "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1: "Gunung"

Murid 2: "Matahari"

Murid 3: "Bumi"

Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. "


Imam Ghazali: "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1: "Baja"

Murid 2: "Besi"

Murid 3: "Gajah"

Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. "


Imam Ghazali: "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1: "Kapas"

Murid 2: "Angin"

Murid 3: "Debu"

Murid 4: "Daun-daun"

Imam Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali: "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid-Murid dengan serentak menjawab: "Pedang"

Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini