Jumaat....banyaknya rahsiamu

Jumaat....banyaknya rahsiamu

Loading...
Hasil tinjauan aku berblogwalking...banyaknya rahsia di hari Jumaat.
Ingin kita sama2 hayati.

1. Berlakunya hari kiamat.
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
3. Penghulu segala hari.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.


7. Pernikahan antara Adam dan hawa
8. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
9. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
10. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
11. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
12. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
13. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

p/ssebagai peringatan dan renungan untuk diri aku..
yang dah lama hanyut dan lalai..mmmmm

Catat Ulasan

0 Ulasan