Zaman itu...era aku

Zaman itu...era aku

Loading...
Zaman itu telah berlalu diambil oleh masa.
Sesekali teringat keindahan dunia kanak-kanak zaman itu, zaman yang sudah berlalu.
Bermain merata-rata tanpa takut apa2pun...itulah era aku, budak-budak pada dekad 70-an..
hatta bahaya kencing tikus sekalipun.


Mustahil tikus pada zaman itu tidak kencing. Atau mungkin juga tikus ketika itu lebih sopan berbanding tikus sekarang - tidak kencing merata-rata - atau mungkin juga pakai lampin, yang menyebabkan kumannya tidak menjangkiti manusia.Teringat juga...bila tiba musin bermain biji getah,hampir setiap hari jelajah masuk semak semata2 nak cari biji getah tu ler..
Tiada pula yang kena masuk hospital kerana kencing tikus!
Dunia kanak-kanak zaman itu sememangnya lasak berbanding budak sekarang.
Dunia kanak-kanak zaman itu berputar dengan cara tersendiri, jauh berbeza berbanding anak-anak hari ini. Ibu bapa juga seakan membiar lepas anak-anak merayau masuk keluar hutan tanpa rasa bimbang.

Kadangkala berlaku juga kes ‘disorok hantu’ atau bunian, malah ada juga yang pergi seorang, pulang berdua dengan wajah dan rupa serupa. Namun budaya masyarakat pada zaman itu, yang amat dekat dengan dunia yang satu lagi, menyebabkan kes-kes seumpama itu dapat diselesaikan tanpa kecoh setelah melalui proses diplomasi dengan makhluk di alam ghaib oleh mereka yang pakar.

Itulah namanya kenangan. Dan kenangan itu, biar betapa kaya pun kita, tidak mungkin kita akan mampu untuk beli dan menghadirkannya semula.

Yang turut pergi bersama pengalaman ialah orang yang pernah bersama kita, yang paling akrab dan paling mengasihi kita. Sebagaimana masa, pergi mereka juga tidak akan kembali lagi.
Al fatihah buat teman2 yang telah kembali ke Rahmatullah..

Catat Ulasan

0 Ulasan