Rintihan, hembusan dari lokap Mona,itu cerita "dia",ini cerita aku...

Rintihan, hembusan dari lokap Mona,itu cerita "dia",ini cerita aku...

Loading...
myMetro | Rintihan, hembusan dari lokap Mona

NGERI...lokap dan kawasan lokap di IPD Raub yang menempatkan Mona dan suaminya.

RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.


Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

p/s ok...itu cerita Harian Metro...ini cerita aku mengenai Mona Fandey.
Mula2 aku berpindah ke Kmpg Sri Pantai...laluan kerumahku pastinya akan melalui kawasan rumah yang terdiri dari golongan rumah2 orang2 kaya,berada...boleh dikategorikan sebagai rumah mewah..
Yang pasti aku mmg suka melihat rumah2 dikawasan itu sambil aku berangan...bilalah aku nak merasa tinggal dirumah mewah sebegitu..baik lah...tinggalkan angan2 ku itu..
Dalam banyak2 rumah mewah itu,ada sebuah rumah yang amat menarik perhatianku...besar rumahnya..warna putih,tapi sayang...x ada penghuni..kelilingnya penuh dengan semak samun..pelik...memang pelik...walhal...dikiri kanannya memang ada penghuni,rumah tu pun mmg betul2 tepi jalan..mana tuannya??
Rumah itu juga berhadapan dengan selekoh,pernah juga aku merisik dgn orang kampung..bukan apa..manalah tahu kalo2 tuan punya rumah nak jual ke..
Yang pasti..kawasan depan rumah tu mmg kawasan "panas"..selalu eksiden,kdg2 bila malam nampak mcm ada orang tapi....
Pernah sekali suami aku pergi kebandar melalui jalan tu...masih lagi awal malam..baru kul 9 mlm,kata suami aku...tiba2 motosikalnya terasa berat,dan dia ternampak ada kelibat perempuan memakai baju serba putih berdiri ditepi jalan sambil merenungnya..Lepas tu..lama betul suamiku tidak memalui jalan tersebut.
Menurut orang2 lama yang tinggal disitu...rumah itu dulunya pernah diduduki oleh Mona berserta suaminya...sebelum kejadian tragis pembunuhan Datuk Mazlan lagi...tapi sejak mereka suami isteri berpindah..tak ada sesiapa yang berani tinggal disitu hatta tuan rumah sekalipun....sehingga kini!!!...
Dan aku...pastinya bila malam memang aku tak berani melalui jalan tu...suasananya memang menyeramkan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. erk....seram lak..




    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Magrib..terimakasih..tapi sy masih baru umpama bayi yang baru nak kenal hidup...:)
    Fyna....memang seram ler...

    BalasPadam
  3. menarik cerita seram ni. saya memang suka. kalau rakan-rakan blog yang nak kongsi citer seram dengan saya, lawat http://www.norhafizan.com/search/label/Seram

    BalasPadam

jerit kat sini