Korang boleh tafsir sendiri...

Korang boleh tafsir sendiri...

Loading...
Assalamualaikum.

Baru-baru ni saya jumpa seorang kawan sedang membebel tak puas hati. Rupanya baru-baru ini ibunya meninggal dunia. Tetapi bila nak dikebumikan masing-masing penjaga kubur tidak menerima mayat ibunya. Saya bertanya sama ada keluarganya ada kuburan sendiri. Dia kata, tidak. Saya kata; selepas jenazah selesai dimandi, dikafan dan disolat letak sajalah depan pejabat Majlis Agama Islam atau Jabatan Hal Ehwal Islam. Pandailah diorang atur di mana nak tanam.

Gitulah ceritanya.

Nota: Saya pernah melihat beberapa peristiwa orang menanam mayat waktu malam, macam pencuri. Di sebuah kawasan tanah milik persendirian; tiba-tiba ada kubur hari esoknya. Hingga sekarang dah berpuluh kubur ada di situ.

Kesian, kan orang Islam. Saya dah pesan kat anak-anak saya; bila saya mati kalau tak ada mana-mana penjaga kubur nak terima; buang ajelah kat mana-mana sungai yang ada tu.

Wassalam.

ditulis oleh:rich_km
on: 19 October, 2009, 12:11:14 AM

Catat Ulasan

0 Ulasan