Jangan main-main dengan tuan puteri

Jangan main-main dengan tuan puteri

Loading...
Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.
Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.
Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.

Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.

Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.


Mayang pinang digunakan oleh ketua pemujanya dalam keadaan bersila di tengah-tengah bulatan sambil menyanyi lagu antara lain senikatanya berbunyi:

Umbuk mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Sambut dayang kusambut
Sambut dengan puteri ngesa

Puteri ngesa berkain serong
Puteri ngesa berbaju hijau
Puteri ngesa bersubang gading
Puteri ngesa bersanggol sendeng
( rangkap pertama di atas kemudian diulang dengan puteri dua dan seterusnya hingga puteri tujuh )

Mayang yang digunakan diasap kemeyan di dalam bekas bara api yang dinamakan Dupa untuk membangkit semangat dan asal mayang. Minyak kelapa juga disapukan pada mayang ketika diperasapkan supaya mayang itu kelihatan segar ketika diulit. Mayang hidup dapat dikesan apabila berlaku getaran pada Adi ( ketua pemuja ) yang seolah-olah kelihatan mayang tersebut bergetar dengan sendirinya. Ini akan membawa Adi atau pemegang mayang ke dalam situasi tidak sedarkan diri atau lupa.

ada jugak satu lagi versi lagu ulit mayang ni...


Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Jom..kita tengok apa pula citer diorang..
Testas berkata:
lagu ni mmg seram...
aku ada kisah.. masa belajar dulu..
member aku time tu die nyanyi lagu ni.. sambil main gutar.
so die nyanyi la ngan kawan2.. sambil nyanyi depa rekod dalam tape recorder.
so leh dengar lepas nyanyi.
masa tu dah nak magrib.
lepas nyanyi depa dengar balik tape... sekali depa dengar ada backup singer yg nyanyi la..
sura perempuan ramai2..
lepas tu ada lead singer suara org tua nyanyi..
terperanjat budak2 umah semua..
semua ketakutan..
1 hal depa nyanyi time nak mgarib.. lepas tu nyanyi lagu cam ni..
haa kena laa

kucingkarate berkata:
Masa tu kucen form 1 & sbg sebuah asrama bawah 1 sekolah, kitorang kena wat sekurang2nye 1 persembahan utk malam anugerah kecemerlangan bdk2 asrama. Majlis tu mmg diadakan malam hari (mcm biasa la klu duk asrama. jamuan akhir tahun pun malam). Jd kami kanak2 rebina yg duk kt asrama luar (klu siapa skolah ni mesti tau asrama luar), wat la keputusan nk sembahkan lagu ulek mayang. Tp tadok la mayang pinang, kami just guna tali rafia jek.

Mmg pd mulanya x nak buat dh tp last2 jadi jgk sbb akak2 tu dh prektis lama. Kes x nak buat sbb majlis tu mlm & wat dlm kawasan skolah kt tgh2 tapak perhimpunan. Oleh sbb x de org yg sukarela nk wat persembahan, diorg pun buat jugak la. semer yg sertai akak2 senior form 2. Mmg masa nk wat persembahan tu x raser paper pun tp masa persembahan, ada gak rasa seram2 sbb akak yg jadik Puteri 7 tu mlm tu nmpak cantik sgt. Mmg dia cantik tp mlm tu dia nampak lain. Org lain (selain bdk asrama kami) pun kata cam tu.

Tp peristiwa yg paling cuak adalah selepas kami cuci gambar yg diambil pada mlm tu. Gambar yg diambil mmg byk x jd & terutama part persembahan masa Puteri 7 kuar tu. Klu ada pun kabur tp adala 2, 3 keping yg terang. Mmg gambar akak yg jadi Puteri 7 tu nmpak lain dr yg lain. Dh la akak tu jd cantik dr biasa & tiap kali tgk gambar tu mesti raser seram. Rasa cam ada sumting jek.

Lps tu kami mmg dh x nk wat Ulek mayang dh. Serik plus seram! Angin malam tu plk tiba2 jek rasa sejuk!

MS.WONG berkata:
Aku pon ada gak crite pasal ulik mayang ni, masa tu zaman2 remaja laa dlm umur 17-18 tahun tgh tergedik2 orang cakap. Dulu aku selalu follow kelab kebudayaan buat show. Ada sekali kita orang wat persembahan ulik mayang satu group ada la dalam 20 org semuanya..
Siap la ada orang baring ngan daun2 kelapa semua ada....
Masa buat persembahan tu mmg takde rasa apa cam biasa je.. Tapi mlm tu tah camne masa kita org seme dah siap2 nak balik bas lak ada problem. Abes tu abang M yg in charge kita org tu cakap suruh stay kat belakang stage jek laa so pakat la ramai2 tido kat situ je.. Dek sbbkan kt org ramai takde la takut sgt. Tapi Bdk2 laki ni seme gi lepak atas stage tido kat depan la kita org ppuan ni kat blakang
Mlm tu masa tgh syok2 tido tetiba boleh terdengar ada satu suara nyanyi lagu ulik mayang sayup2 jek dengar suara tu dtg dr depan tempat kita org wat show tadi.. Aku trus kejut kawan sebelah suruh bangun dengar sekali betol x. Kita org punye takut tak berani nak bergerak dowh elok je aku berpeluk sampai ke pagi. Nak kejut org lain takut seme yg lain tu agak jauh.
Esok pagi aku tanya laa yg lain2 mmg betol ramai gak la yg dengar suara ppuan menyanyi tu. Yg geng2 dak laki lak cakap mmg ada terjaga n nampak perempuan pakai baju kuning n hijau mcm menari- nari.. rambut panjang mengurai dok pusing keliling dorang tido. Takut gile seh!!
Itu lah last show aku.. pastu aku benti dh follow kelab kebudayaan ni..

p/s..banyak lagi sebenonya..tapi cukup le dulu yang ni je..
Dulu pun ada skali aku main2kan lagu ni tiba2 je bau wangi...aku perasan...aku tanya member aku...dia pun bau gak....
terus kita org lintang pukang lari..
hhhmm..siapa sebnarnya yang cipta lagu ni ngan liriknya skali...korang tahu??

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Salam, tdi bru tgk gmbr PUTERI MAYANG MENGURAI dlm handfon org yg ahli dlm bidang tu, mmg cantik putih gebu ingat tdi nak share tpi tak sempat nak ambil

    BalasPadam
  2. @Mizie San
    sayangnya..kalau share pasti ramai yg dapt tgk tuan puteri tu..mesti cantik

    BalasPadam
  3. Saya pernah dengar life lagu ni...semasa berubat anak sulung saya, cuma kami mulakan majlis selepas solat maghrib.tiada umbuk mayang cuma lagu yg disyairkan shj.

    BalasPadam
  4. kenakalan adik beradik yg sulung terpaksa tenangkan keadaan

    BalasPadam

jerit kat sini