Jangan dibuka ikatan itu

Jangan dibuka ikatan itu

Loading...
Perkahwinan itu umpama satu bekas yang mengandungi mcm2 perkara di dalamnya, yang telah disusun dan diatur dgn kemas dan elok. Kemudian DIIKAT KETAT DAN RAPAT sbb takut isinya akan bertaburan. Ianya 'MESTI dan PATUT' dijaga dgn baik oleh kedua suami dan isteri. Didalamnya, ada kepercayaan, ada kemesraan, ada kebahagiaan, ada kesefahaman, ada restu, ada tolak ansur, ada kasih sayang, ada rasa cinta, dsbnya. Semuanya yang baik-baik belaka.
TAPI alangkah malangnya jika salah seorang samada isteri atau suami membuka ikatan tersebut, maka TERLERAILAH, BERTABURANLAH semua isi kandungnya. Bila isi kandungnya bertaburan, maka sukar, payah dan susahnya untuk menyusun, mengatur, mencantumnya kembali, apalagi yang dinamakan KEPERCAYAAN. Sebab pabila kepercayaan diantara suami isteri sudah pudar maka hilang lah keindahan dalam rumahtangga.

Ada sedikit tips disini utk bacaan para suami..

Semasa dia sedang tidur, awak usaplah rambut/kepala isteri awak, sambil berzikir, menyebut nama Allah...tiup diubun-ubunnya...
Berdoa sentiasa...
Ajak dia solat bersama-sama..jikalau dia degil hari ini, esok ajak lagi dengan elok...dan seterusnya..
Selepas solat jemaah, sama-sama berdoa minta kekuatan dan lindunganNya...kesejahteraan dan keberkatan..
Buka buku hadith / ajak duduk bersama baca ayat Al-Quran dengannya..
Bila awak cakap pasal motivasi...yea...bagus tu..
Ambil kesempatan, kelapangan yang ada, contohnya setelah dia masak makanan utk awak, awak puji dia...cakaplah awak bersyukur dapat isteri sepertinya, beritahu dia seorang isteri solehah banyak pahalanya...(bukan sindiran, tetapi sebagai kata-kata perangsang)
Selalu bincang cita-cita awak dengannya & anak-anak..
Tekankan juga dari masa ke semasa, kita manusia ni, tak lari dari dosa...tetapi kita masih ada masa utk bertaubat...berubah...sebelum kita masuk ke liang lahad nanti...
Semoga dia cium tangan minta ampun dengan ikhlas dari awak nanti...dan tidak mengulangi dosa-dosanya..

Buat kawanku yang dalam musibah...
isteri ini ibarat tulang rusuk lelaki...
ia bengkok...
isteri perlu banyak panduan dari lelaki sang suaminya..
jangan cepat lepas tangan kalau dia buat salah...
jangan cepat putus asa yea...
cara nasihat dia kenalah penuh kebijaksanaan dan minta pertolongan dari Maha Kuasa..
awak ada anak...
kesian, kalau berpisah semua...
Semoga awak tabah berusaha dan kebahagiaan milik awak nanti..
Sesungguhnya dunia ini tidak adil...banyak tipu-daya, warna-warna yang mengaburi pandangan mata...
Selalu ingat ada kehidupan yang kekal, akhirat nanti...

p/s
Perkahwinan adalah dunia yang sangat luas dan besar. Kita harus menyesuaikan diri sehabis baik bagi menghadapinya.

Catat Ulasan

0 Ulasan