Air zamzam...begitu ceritanya

Air zamzam...begitu ceritanya

Loading...
telaga matair zamzam



Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu saja sudah 10 juta liter. Disamping itu selama di Mekah, kalau saja jemaah rata-rata tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka totalnya sudah 50 juta liter!!. Ini hanya gambaran saja, betapa luar biasanya air zamzam ini dikonsumsi manusia, tanpa pernah kering!


Keanehan air Zamzam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada Press Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. Asumsinya didasarkan bahwa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemu dian mengendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari perigi Zamzam. Masya Allah.

Tentu saja ini merupakan prasangka buruk yang merugikan dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang amat marah mendengarnya. Beliau lalu memerintahkan Mentri Pertanian dan Sumber Air untuk menyiasat masalah ini, dan menghantar sampel air Zamzam ke Laboratorium-makmal di Eropah untuk ditest.

Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Pemasangan Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Kota Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. Pada saat memulakan tugasnya, Tariq belum punya gambaran, bagaimana telaga Zamzam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tak ada batasnya.
Hanya Telaga kecil
Ketika sampai di dalam perigi, Tariq amat tercengang ketika menyaksikan bahawa saiz "kolam" sumur itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter). Tak terbayang, bagaimana caranya sumur sekecil ini boleh mengeluarkan berjuta-juta galon air setiap musim hajinya. Dan itu berlangsung sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Tariq mulai mengukur kedalaman air perigi. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air sumur itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. Lalu dia menyuruh pembantunya untuk menyemak, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah berpindah dari satu tempat ke tempat lain, ternyata tak dijumpai apapun!.

Dia berfikir, mungkin saja air perigi ini disuppli dari luar melalui saluran pam berkekuatan besar. Bila seperti itu keja dian nya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba. Tetapi dugaan inipun tak terbukti. Tak dijumpai gerakan air yang mencurigakan, juga tak dijumpai ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah yang besar.

Selanjutnya Dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam perigi. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengacungkan kedua tanganya sambil berteriak: "Alhamdulillah, Saya dapati dia! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dalam perigi, ".

Lalu pembantunya diminta berputar mengelilingi telaga ketika tiba saat mengepam air (untuk dialirkan ke tempat pengedaran air) berlangsung. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar sumur sama besarnya seperti sebelum tempoh mengepam. Dan aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tak ada goncangan yang besar

Seusai pengamatan itu, Tariq menghantar sampel air ke beberapa makmal di Eropah dan sebahagian ke makmal di Saudi. Dan sebelum meninggalkan Ka'bah, dia berpesan kepada pegawai di Mekah untuk menyiasat keadaan telaga yang lain di sekitar Ka'bah.

Sesampainya di pejabatnya di Jeddah, dia mendapat laporan bahawa telaga-telaga lain di sekitar Mekah dalam keadaan kering. Jadi hanya telaga Zamzam yang penuh air. Allahu Akbar. Jika Allah menghendaki, apapun bisa terjadi.

Mengandung zat Anti Kuman

Keputusan kajian sampel air di Eropah dan Saudi Arabia menunjukkan bahawa Zamzam mengandungi zat fluorida yang punya kuasa berkesan membunuh kuman, layaknya seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air sumur lain di kota Mekah dan Arab sekitarnya adalah dalam hal kuantitas kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua-dua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam.

Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jamaah yang kelelahan. Tambahan lagi, keputusan makmal Eropah menunjukkan bahawa zamzam layak untuk diminum, sehat untuk diminum. Ini automatik menjawab prasangka buruk doktor di awal tulisan tadi.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya selalu stabil, selalu sama dari sejak terbentuknya sumur ini. "Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun. Tak pernah ada yang complain. Dan Air zamzam ini tak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti layaknya air PAM kita. Murni air sehat.

Satu kehebatan lagi, telaga air zamzam tak pernah ditumbuhi lumut, padahal di seluruh dunia telaga itu selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme.

Bisa Menyembuhkan Penyakit

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Ka'bah tanpa makan-minum, selain Zamzam. "Siapa yang telah memberimu makan?". "Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya bisa gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perutku" Abu Dzarr menjelaskan, "Saya juga tidak merasa lelah atau lemah kerana lapar, dan tak menjadi kurus". Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi".

Nabi saw menambah: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail ". (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemu dian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memerciki orang sakit dan kemu dian disuruh meminumnya. Itu sebabnya saat ini banyak jamaah yang membawa air zamzam untuk diberikan kepada famili dan kerabatnya di Tanah air.

Yusria Abdel-Rahman Haraz dari negeri Arab, mengatakan bahawa ia diserang penyakit "bisul" di matanya. Sakitnya bukan main, tak boleh disembuhkan dengan ubat. Dia hampir mendekati buta. Seorang doktor terkenal menasihati dia untuk diinjeksi dengan ubat khusus, yang mungkin boleh menyembuhkan sakitnya. Tapi ternyata ada efek sampingannnya yang boleh membuat dia buta selamanya.

Yusria sangat yakin akan kemurahan Allah. Dia lalu pergi melaksanakan umrah dan memohon kepada Allah menyembuhkan penyakitnya. Di Baitullah dia melakukan tawaf, yang saat itu tak terlalu padat dengan manusia. Dia lalu boleh tinggal lebih lama di lokasi air zamzam. Dia manfaatkan untuk terus membasuh kedua-dua matanya yang sakit. Ketika dia kembali ke hotel, aneh, kedua matanya yang sakit menjadi sembuh, dan bisulnya beransur hilang.

Kejadian ini membuktikan ucapan Rasulullah saw di atas: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya.

Wallohu a'lam.

Demikianlah beberapa khasiat air Zamzam. Manfaatkanlah sebaik-baiknya keistimewaan Zamzam ini ketika kita meminumnya di Mekah waktu ziarah nanti, atau ketika kita dihadiahi kerabat, teman kita, yang baru pulang dari Tanah Suci. Dianjurkan membaca do'a dulu sebelum meminumnya. Insya allah berkat. Sumber: dadang09

Catat Ulasan

0 Ulasan