Makan dengan tangan-kenapa orang Melayu suka ekk??

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab
makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga
merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka
tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan
kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu.
Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah
rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini
dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja
Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang
berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The
Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi
hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan
membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya
menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke
mulutnya dengan tangannya............!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris
yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan
Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan
dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih
dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari
oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada
tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan
garfu sebab saya sendiri
yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan
garfu itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan
saya hanya saya
seorang saja yang menggunakannya – tidak
pernah dipinjam oleh orang
lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang
pernah menggunakannya


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia
tidak pernah jatuh dalam
longkang.............!!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas
itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya
jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik
perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-
masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.................

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Bila Bersalin,Kena B***l Juga Ke?