Hari ni tengok hantu!!

Hari ni tengok hantu!!

Loading...

Tip 1: Hantu Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun,selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi, Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan supaya x jatuh.

p/s...tak terucap kata2 tatkala seorang kenalan aku berkata..kenapa dia masih tak kawen2 setelah iterinya meninggal hampir setahun yg lalu.."Macamana aku nak kawen...arwah isteri aku tiap2 malam balik umah" dan juga hampir setiap mlm dia berinteraksi dgn roh isterinya..
Errr....seriau gak aku!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Berinteraksi dengan roh isteri? Macam familiar pulak Nel dengar...

    BalasPadam
  2. ye..itulah yang diberitahu..sebnarnya banyak lagi citer2 mistik yang dialaminya...betul atau tidak hanya dia dan Allah saja yang mengetahuinya

    BalasPadam

jerit kat sini