Lupa password

Lupa password

Loading...
Ada seseorng yg bertanya..
camne nak dptkan balik password yg dah terlupa..

Aku tak boleh nak tolong untuk dapatkan Password kamu yang dah hilang tu, dan aku hairan, WHY ME?(macam lah aku ni celik IT sangat..)

Tapi untuk tidak menghampakan korang, disini, aku boleh ajar korang semua akan bagaimana nak menjaga password baru supaya tidak akan hilang lagi, dan andai kata hilangpun selepas ini, tak ingat ke, terlupa ke, terantuk kat bucu meja ke, pasti akan dapat menjejak semula password itu dalam masa yang singkat… insyAllah.
(Tu pun aku cedok dr gugel...)

Caranya begini, mudah sahaja, mula mula, ambil mouse dan gerakkan dengan tangan kanan, sambil jari telunjuk tekan tekan, lepas tu guna dua tangan taip “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…

Kemudian, cuba korang buat-buat lupa pada password tu, selepas itu, bila korang nak “log in”, maka taiplah kembali “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…

Maka insyAllah, dapatlah korang masuk kembali untuk update blog.

Senang bukan?, tak adalah nak susah-susah mcm nak giler..

P/s...er...aku sendiri pun masih blur bab2 lupa nih...
Ada juga orng.. dari kad ATM, email company, private email, facebook, faceparty, myspace, friendster, bla.. bla.. bla.. passwordnya semua sama.. dan hanya dia dan Allah je yang tahu...

Catat Ulasan

0 Ulasan