Loading...
Kurang kasih Sayang Punca Mamat Terjebak Dadah
Selepas berita Mamat ditahan kerana kesaIahan ddah beberapa hari sebelum konsert Reunion Exists bermula., ramai peminat meluahkan rasa kecewa.
Selepas berita Mamat ditahan kerana kesaIahan ddah beberapa hari sebelum konsert Reunion Exists bermula., ramai peminat meluahkan rasa kecewa.
Mamat yang ditemubual pihak media telah mengakui kesaIahan beliau dan memohon maaf kepada peminat. Malah beliau bersedia untuk dihantar ke pusat pemulihan demi merawat dirinya.
” Saya sangat serik dengan ddah, angkara ddah ratusan ribu ringgit wang dihabiskan. Saya memohon maaf kerana menghampakan semua,” kata bekas anggota Exists, Mohd Ali Kamaruddin, 41, atau Mamat.
Mamat berkata, dia menyesali perbuatannya kerana sudah tiga kali dicekup poIis dengan terbaru adalah tangkapan di Taman Perling, Johor Bahru pada Ahad lalu.
” Saya akui mengambil ddah kerana kurang kasih sayang. Saya ada anak tetapi menetap bersama bekas isteri, I am alone (saya hidup bersendirian),” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Brickfields, Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan Shiraz Projects yang juga penganjur konsert Exists Reunion, Shiraazdeen Karim serta bekas anggota kumpulan itu, Ezad, Ajai dan Shah.
Menurut Mamat, dia tersalah memilih kawan hingga menyebabkannya berterusan mengambil bahan terlarang.
” Saya mahu berubah dan berharap ia yang terakhir. Mulai hari ini, saya akan berhati-hati memilih kawan, bukan mahu membuang mereka tetapi memikirkan kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Menurutnya, dia sudah dibebaskan dengan jaminan poIis, kelmarin dan tidak dapat memberikan keterangan berkaitan kes itu, bimbang bercanggah dengan pihak poIis.
Katanya, punca menyebabkannya tidak menghentikan pengambilan ddah kerana tiada sokongan dan dorongan.
” Buat pertama kali, keluarga meminta saya ke pusat pemulihan. Sebaik konsert berakhir, saya akan memikirkannya,” katanya.
Biarpun disabitkan kes itu, Mamat berkata, dia tetap menjayakan konsert Exists Reunion di Stadium Melawati, Shah Alam pada 28 September ini dengan mengadakan latihan bagi memantapkan kualiti nyanyian.
” Saya akan jaga diri, kesihatan dan suara. Saya janji tidak akan mengambil ddah untuk mengadakan persembahan,” katanya.
Mamat menasihatkan artis baharu supaya mengambil iktibar kisah hidupnya kerana padahnya amat besar.
” Ddah adalah musuh, perlu tahu risikonya. Jangan sesekali menjurus ke arah ddah, sekali terkena buruk masa depan, hubungan dan kekeluargaan.
” Jauhilah najis ddah kerana ia tiada manfaat malah kesannya sangat kuat,” katanya mengakui dirinya tidak kuat dan memerlukan sokongan peminat untuk memulihkan diri.
Sementara itu Shirazdeen berkata, pihaknya akan menjaga Mamat di ibu negara sehinggalah konsert itu berlangsung.
“Mamat akan menyertai persembahan, jika dia tiada konsert reunion tiada makna. Dia penyanyi otai berbakat dan kami akan membantu dia membebaskan diri daripada ddah.
“Walaupun begitu, hanya Mamat boleh mengubah dirinya dan menguatkan diri,” katanya yang menjangkakan pertduhan kes ke atas Mamat dibuat pada November ini.
Ajai dalam pada itu mengakui Mamat kekurangan kasih sayang menyebabkannya dibelenggu ddah.
”Apa yang berlaku ada hikmah, supaya kami tahu dirinya sebenar. Kami adalah ‘brotherhood’ (bersaudara) dan akan memberinya peluang terakhir.
”Mamat, syukurlah masih ada orang sayang kau, ambil berat pasal kau dan ubahlah diri ‘bro’. Sayang kau ada bakat, bagus dalam nyanyian tetapi kerana ddah kau rsak,” katanya.
Ezad pula mahu Mamat membebaskan diri daripada ddah dan meminta orang ramai tidak menghakiminya kerana tiada siapa mengetahui masalahnya.
”Apa-apapun saya menghargai Shirazdeen, dia bukan lagi penganjur tetapi adik-beradik yang membantu Mamat,” katanya.
Sumber : hmetro
0 Ulasan
jerit kat sini