Ketika Bini hamil... Suami Pulak Curang

Ketika Bini hamil... Suami Pulak Curang

Loading...
Hasan memanjat kesyukuran kepada Ilahi kerana wanita yang dicintai kini sah menjadi isterinya. Dia bangga Mira akhirnya memilih dia sebagai suami dan sanggup mengetepikan kekasih terdahulu, Imran.


Walaupun Hasan sedar dia sudah melukakan hati Imran namun kerana ego dia tidak endahkan perasaan bersalah sebaliknya Hasan gembira dapat mengalahkan Imran dalam percintaan tiga segi antara mereka.


Hasan mengakui Mira wanita yang sempurna. Mira bukan sahaja cantik malah bijak, berkerjaya dan lemah lembut. Lantaran tidak hairanlah Mira menjadi rebutan ramai lelaki.

Demi memastikan Mira menjadi miliknya, Hasan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan ilmu hitam untuk tundukkan Mira. Nafsu yang beraja di hati membuatkan Hasan menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri. Dia sanggup merampas Mira yang ketika itu merupakan kekasih kawan baiknya, Imran.

Hasan juga memutuskan persahabatan yang terjalin antara mereka. Macam-macam cerita buruk yang disampaikan Hasan kepada Mira mengenai Imran. Semua itu hanya rekaan tapi Hasan berjaya memperdayakan Mira. Dalam keadaan Mira yang lemah, perlahan-lahan Hasan hadir sebagai hero.

Dia memberi kata semangat kepada Mira agar melupakan Imran yang kononnya kaki perempuan. Apabila umpan sudah mengena, Hasan tersenyum meleret mengenangkan buah hati Imran kini menjadi isterinya. Hasan puas melihat Imran gigit jari.

Pada mulanya rumah tangga Hasan dan Mira bahagia. Mira dilayan bagaikan permaisuri, apa sahaja kehendak Mira dipenuhi Hasan. Mereka bertambah bahagia apabila Mira disahkan hamil. Hasan tidak berenggang dengan Mira, dia begitu teruja menanti kehadiran cahaya mata sulung.
Hantar Isteri Pulang Ke Kampung
Segalanya berjalan lancar sehinggalah kandungan Mira masuk usia tujuh bulan. Setiap kali bersama, Mira berasa sangat sakit di bahagian ari-ari. Lantaran dia sering menolak kemahuan Hasan. Keadaan Mira semakin serius, suatu hari dia mengalami pendarahan gara-gara memenuhi permintaan Hasan untuk bersama.

Hasan panik lalu segera menghantar Mira ke hospital. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengatakan uri Mira berada di bawah dan doktor menasihatkan agar mereka berdua tidak melakukan hubungan seks sehinggalah Mira habis pantang kelak.

Mulanya, Hasan dapat menerima keadaan Mira, namun lama-kelamaan dia tidak dapat membendung nafsu. Ketika ketiadaan Mira di rumah, Hasan sering mencuri pandang kepada pembantu rumahnya, Sari.

Walaupun tidak secantik Mira namun Sari mempunyai keistimewaan tersendiri. Tutur kata Sari yang lembut membuatkan hati Hasan cair. Rupa-rupanya dalam diam, Sari juga menyimpan hati dengan majikannya itu.

Hasan mengatur strategi, kononnya terlalu sayangkan Mira dan tidak sanggup melihat Mira sakit sendirian, Hasan menghantar Mira pulang ke kampung. Kata Hassan, dia mahu Mira berada di sisi ibunya sementara menunggu saat kelahiran.

Pada mulanya, Mira agak keberatan meninggalkan Hasan, dia bimbang memikirkan kebajikan suaminya terjejas. Namun Hasan berjaya meyakinkan Mira, katanya Sari akan menjaga makan minumnya sepanjang ketiadaan Mira.
Pembantu Rumah Jadi Pemuas Nafsu
Ketiadaan Mira memberi ruang seluas-luasnya kepada Hasan dan Sari. Mereka bagaikan suami isteri, Sari tidak segan silu menjadikan kamar tidur majikannya itu sebagai tempat pemuas nafsu.

Perasaan malu dan bersalah sudah lama hilang dalam diri Sari dan Hasan. Bagi mereka yang penting adalah memenuhi nafsu masing-masing. Hasan mabuk dengan layanan Sari, ternyata gadis berusia 18 tahun itu mahir selok-belok lelaki. Hasan puas dengan layanan Sari.

Sepanjang menjalin hubungan sulit dengan Sari, Hasan tidak lupakan Mira. Setiap hari dia menelefon Mira bertanya khabar, Hasan tidak mahu Mira berasa curiga dengannya. Walau sebijak mana Hasan bersandiwara, kejahatannya tetap terbongkar.

Tanpa pengetahuan Hasan, Mira bersama keluarganya dan keluarga Hasan berpakat membuat kejutan sempena hari jadi Hasan yang ke34. Mira menelefon Hasan mengucapkan selamat hari jadi dan memohon maaf kerana tidak dapat meraikan hari bermakna itu. Mira hanya berpura-pura sedangkan ketika itu dia bersama ahli keluarga yang lain sudah berada di kawasan perumahan.

Jam sudah melepasi 1 pagi, Mira mengarahkan ahli keluarga berdiam diri di ruang tamu. Sementara dia pula perlahan-lahan memanjat tangga menuju ke bilik utama. Dia mahu mengejutkan suaminya itu dengan kucupan paling hangat.

Namun ketika Mira membuka pintu bilik, dia terkejut menyaksikan dua makhluk yang tidur nyenyak sambil berpelukan. Mira menyalakan lampu, dia terpaku melihat Hasan dan Sari dalam keadaan bogel.

Mira menjerit sekuat hati, dia tidak menyangka Hasan tergamak berlaku curang ketika dirinya sedang sarat mengandungkan anak mereka. Jeritan Mira membuatkan seisi keluarga bergegas ke bilik utama, semua terpempan melihat kecurangan Hasan.

Ketika keadaan kelam kabut itu, Mira rebah. Dia dikejarkan ke hospital oleh keluarganya. Sementara Hasan dan keluarganya mengekori dari belakang. Syukur Mira selamat melahirkan anak lelaki.

Namun Hasan tidak dibenarkan melihat bayi kecil itu. Ayah Mira, mengazankan anak mereka. Hati Mira begitu sakit, dia sudah tidak mampu melihat muka Hasan dan Mira bertekad Hasan tidak akan berpeluang menyentuh dan melihat anak mereka.

Sebaik sahaja selesai berpantang, Mira memfailkan perceraian. Walaupun puas Hasan merayu namun segalanya sudah terlambat. Hati Mira sudah terluka, Hasan bukan sesiapa lagi dalam hatinya. Keluarga Hasan juga tidak mampu bersuara, mereka akur dengan keputusan Mira.

Hidup Hasan seperti tunggul, dia hilang segalanya kerana menurut hawa nafsu. Walaupun Hasan cuba bangkit namun dia tetap tersungkur, Hasan dijerut rasa bersalah kepada Mira dan anak mereka. Sehingga kini, Hasan masih menyendiri, dia menghukum diri atas kesalahan yang dilakukan.


Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini