Loading...
(Video) Saat Yang Ditunggu – Misi Getir Keluarkan 13 Mangsa Terperangkap Di Gua Bermula Hari Ini:
Saat yang ditunggu akhirnya telah tiba. Pasukan penyelamat telah memulakan misi getir pada hari ini bagi mengeluarkan kesemua 13 mangsa iaitu 12 remaja lelaki dan seorang jurulatih yang terperangkap di gua sejak 2 minggu lalu.
Menurut ketua operasi, Narongsak Osottanakorn, pasukan terlibat telah memasuki gua pada pukul 10 pagi tadi waktu tempatan.
Difahamkan, kesemua sukarelawan, wartawan dan orang luar telah diminta beredar dari kawasan pintu masuk gua bagi memberi laluan kepada operasi menyelamat. Hanya yang terlibat seperti pasukan penyelam, perubatan, tentera serta polis berada di situ bagi mengawal kawasan.
Berdasarkan kenyataan rasmi, mangsa pertama dikatakan dijangka akan berjaya dibawa keluar dari gua pada Ahad, pukul 9 malam waktu tempatan. Tetapi, keseluruhan operasi menyelamat akan memakan masa selama beberapa hari.
‘‘Kesemua remaja lelaki itu dan jurulatih mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat. Mereka juga fokus dalam misi menyelamat ini.
”Hari ini adalah harinya” ujar Narongsak.
Bagaimanapun tidak dapat dijelaskan, bagaimana kesemua mereka yang terperangkap akan dikeluarkan tetapi kelihatannya misi tersebut melibatkan menyelam dan berjalan di kawasan tahap air yang dibolehkan.
Menurut BBC, perjalanan awal mereka adalah yang paling mencabar kerana perlu melalui laluan yang sempit dan terpaksa menyelam.
Apabila berada di bawah air, ia boleh melibatkan satu jangka masa yang lama untuk kanak-kanak seusia 11 tahun yang tidak pernah menggunakan peralatan menyelam sebelum ini.
Membayangkan betapa betapa bahayanya misi tersebut, seorang bekas penyelam berpengalaman tentera laut Thai menemui ajal di dalam gua tersebut minggu lalu selepas membantu membawa tong oksigen kepada mangsa.
Melalui laman facebook Thai NavySEAL, satu foto pasukan penyelamat dilihat memegang tangan satu sama lain dimuatnaik selepas operasi menyelamat dijalankan pada hari ini.
12 remaja berkenaan, berusia antara 11 hingga 16 tahun, hilang bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun selepas latihan bola sepak 23 Jun lalu.
Apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka. Moga usaha menyelamat ini berjaya dengan harapan kesemua mangsa dan pasukan penyelamat terlibat berada dalam keadaan selamat.
Sumber : BBC

This is how narrow and risky the evacuation of the 12 kids and coach would be. A Thai Navy Seal lost his life yesterday night in the cave placing tanks inside the 3rd cave. RIP#ถ้ำหลวง #ThamLuang #Thamluangcave #13ชีวิตต้องรอด #Thailand pic.twitter.com/HjO1zbr0My— anonymousAsia (@anonymousAsia) July 6, 2018
Berdasarkan kenyataan rasmi, mangsa pertama dikatakan dijangka akan berjaya dibawa keluar dari gua pada Ahad, pukul 9 malam waktu tempatan. Tetapi, keseluruhan operasi menyelamat akan memakan masa selama beberapa hari.
‘‘Kesemua remaja lelaki itu dan jurulatih mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat. Mereka juga fokus dalam misi menyelamat ini.
”Hari ini adalah harinya” ujar Narongsak.
Bagaimanapun tidak dapat dijelaskan, bagaimana kesemua mereka yang terperangkap akan dikeluarkan tetapi kelihatannya misi tersebut melibatkan menyelam dan berjalan di kawasan tahap air yang dibolehkan.
How dare you? Is that sensationalism? You are pathetic keyboard wanker, faithfully yours. Check your facts first. Cr: @ChannelNewsAsia pic.twitter.com/P7n2qUnhX7— anonymousAsia (@anonymousAsia) July 6, 2018
Menurut BBC, perjalanan awal mereka adalah yang paling mencabar kerana perlu melalui laluan yang sempit dan terpaksa menyelam.
Apabila berada di bawah air, ia boleh melibatkan satu jangka masa yang lama untuk kanak-kanak seusia 11 tahun yang tidak pernah menggunakan peralatan menyelam sebelum ini.
Membayangkan betapa betapa bahayanya misi tersebut, seorang bekas penyelam berpengalaman tentera laut Thai menemui ajal di dalam gua tersebut minggu lalu selepas membantu membawa tong oksigen kepada mangsa.
Melalui laman facebook Thai NavySEAL, satu foto pasukan penyelamat dilihat memegang tangan satu sama lain dimuatnaik selepas operasi menyelamat dijalankan pada hari ini.
12 remaja berkenaan, berusia antara 11 hingga 16 tahun, hilang bersama jurulatih mereka berusia 25 tahun selepas latihan bola sepak 23 Jun lalu.
Apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka. Moga usaha menyelamat ini berjaya dengan harapan kesemua mangsa dan pasukan penyelamat terlibat berada dalam keadaan selamat.
Sumber : BBC
0 Ulasan
jerit kat sini