Kemana-Mana Usung Tandas, Jong-un Sukarkan Musuh Untuk Dapatkan Maklumat Kesihatannya

Kemana-Mana Usung Tandas, Jong-un Sukarkan Musuh Untuk Dapatkan Maklumat Kesihatannya

Loading...
 Kemana-Mana Usung Tandas, Jong-un Sukarkan Musuh Untuk Dapatkan Maklumat Kesihatannya:




Kim Jong-un, satu susuk tubuh yang sangat digeruni di negaranya dan sukar di duga oleh musuh. Pemimpin agung Korea Utara ini bukan lah pemimpin yang sembarangan. 

Buktinya, dia dengan bersahaja mampu mengancam keselamatan Amerika Syarikat, sebuah negara yang diakui paling berkuasa sama ada dari aspek ekonomi mahupun ketenteraan di peringkat dunia.

Ancaman seperti mahu memulakan peperangan dan menghancurkan negara Uncle Sam itu dengan senjata nuklear yang dimilikinya itu bukan sekali dua dibuat. Tidak ada satu pun pemimpin tertinggi Amerika Syarikat berani mengambil tindakan ketenteraan terhadap Korea Utara walaupun sering diancam, tidak seperti yang mereka lakukan terhadap musuh-musuh mereka di Timur Tengah.




kim.jpg

Musuh Jong-un bukan sahaja Amerika Syarikat. Jiran-jiran seperti Korea Selatan dan Jepun juga bukanlah negara yang boleh dianggap sebagai sahabat. Dengan Korea Selatan, Jong-un dan pemerintah-pemerintah Korea Utara sebelumnya sudah lama bersengketa. Dengan Jepun, ujian perluru berpandau yang dilakukan oleh Korea Utara sering kali mencabuli kedaulatan negara Matahari Terbit itu.

Maka tidak hairanlah jika Jong-un menjadi pemimpin yang sangat menyendiri dan paranoid dengan musuh-musuh politiknya. Malah, tidak banyak yang diketahui mengenai sisi peribadi mengenai pemimpin ini.

Namun apa yang berlaku di Singapura semalam sedikit sebanyak telah mendedahkan siap Jong-un sebenarnya. Tidak seperti pemimpin lain, Jong-un ini mengembara dengan tanadasnya sendiri. Ya, kemana sahaja Jong-un pergi, tandas peribadinya turut ikut serta. Semuanya dibuat atas tujuan kesihatan dan keselamatan pemimpin diktator itu.




kim%2Btandas.jpg

Malah, sebelum sidang kemuncak yang berlangsung di Singapura, Jong-un yang membuat pertemuan bersejarah dengan pemimpin Korea Selatan sebelum ini turut membawa tandasnya sendiri bagi menguruskan sisa buangannya.

Ketika di Singapura, sidang kemuncak itu berlangsung di St. Regis, iaitu sebuah hotel mewah yang sudah tentu dilengkapi dengan kemudahan tandas yang sangat baik. Tapi kenapa Jong-un memilih untuk menerbangkan sebuah tandas peribadi daripada negaranya sendiri?

Ramai berpendapat ia mungkin disebabkan hotel tersebut dimiliki oleh seorang hartawan Amerika Syarikat, Sheldon Adelson yang dikatakan antara penyumbang dana terbesar kepada kempen pilihan raya Trump. Jadi mungkin timbul sedikit syak wasangka dalam kalangan pihak yang bertanggungjawab mengendali kawalan keselamatan Jong-un.




st%2Bregis.jpg

Namun ada juga pihak yang mendakwa bahawa ia ada kaitan dengan kepercayaan bangsa Korea Utara bahawa pemimpin agung mereka mempunyai kebolehan luar biasa dan sistem tubuh badan Jong-un berfungsi dengan sempurna, lalu tidak memerlukan kemudahan tandas yang biasa digunakan oleh manusia normal.

Salah seorang pegawai yang berugas dalam soal keselamatan pemimpin agung Korea Utara sebelum berpaling tadah ke Korea Selatan, Lee Yun-Keol memberitahu bahawa ia bagi mengelakkan daripada sisa buangan pemimpin agung mereka diambil dan dikaji, sekali gus mendedahkan maklumat kesihatan pemimpin Korea Utara dan memberi kelebihan kepada musuh-musuhnya.

Malah, Yun-keol turut meberitahu selain tandas peribadi yang dibawa kemana sahaja pemimpin mereka pergi, kereta yang dinaiki olehnya turut dilengkapkan dengan kemudahan tandas.




Screen%2BShot%2B2018-06-13%2Bat%2B12.23.

Sikap paranoid yang diamalkan oleh regim Korea Utara memang ada asasnya kerana media sebelum ini pernah melaporkan beberapa agensi perisikan terkemuka dunia pernah 'mencuri' najis pemimpin negara lain bagi mendapatkan maklumat kesihatan yang akan memberi kelebihan kepada sesuatu pihak.

Pada tahun 2016, sebuah akhbar di Rusia pernah membuat pendedahan mengenai tugas-tugas yang dijalankan oleh polis rahsia kepada Stalin. Berdasarkan laporan itu, polis-polis rahsia ini antara lain ditugaskan untuk mendapatkan najis pemimpin-pemimpin dunia yang lain dan dibawa pulang ke Rusia untuk diselidik di dalam makmal khas.

Misalnya, mereka pernah mencuri dan mengkaji najis Mao Zedong selama 10 hari, akhirnya keputusan yang diperolehi daripada kajian tersebut telah mempengaruhi strategi Stalin yang mana dia kemudiannya enggan menandatangani perjanjian dengan Mao Zedong.




mao.jpg

Pada tahun 1980, Agensi Perisikkan Pusat (CIA) pernah berusaha mendapatkan sampel najis Mikhail Gorbachev , bekas pemimpin Kesatuan Soviet bagi menentukan tahap kesihatan pemimpin tersebut sekaligus memberi kelebihan kepada Amerika Syarikat.

Jadi, jelas sekali sikap berhati-hati yang diamalkan oleh Jong-un mempunyai asas yang kukuh dan sudah tentu najisnya akan turut diterbangkan pulang ke Korea Utara.

''Maklumat kesihatan Jong-un adalah sesuatu yang kami dalam komuniti perisikkan cuba dapatkan dengan pelbagai cara yang mungkin,'' kata Harry Kazianis, Pengarah Penyelidikan Pertahanan di Pusat Kepentingan Nasional.

Namun mereka mengandaikan Jong-un mungkin menghidapi beberapa penyakit antaranya gout, kencing manis, darah tinggi, masalah kesihatan seksual dan isu-isu psikologi.

Sumber : Daily O, New York Post, BBC

Catat Ulasan

0 Ulasan