Usia cecah 86 tahun, bekas PM Thai kahwin lagi

Usia cecah 86 tahun, bekas PM Thai kahwin lagi

Loading...
Usia cecah 86 tahun, bekas PM Thai kahwin lagi

BEKAS Perdana Menteri Thailand, Chavalit Yongchaiyudh telah bernikah untuk kali keempat pada usia 86 tahun.

Bangkokpost melaporkan, beliau yang telah bercerai dengan isteri terdahulu kira-kira 10 tahun lalu telah mengahwini wanita berusia 53 tahun.

Jeneral Chavalit mengakui dirinya kini menjadi milik seorang wanita baharu selepas gambar mereka tersebar di media sosial.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Orathai Sorakan.

Jelas Chavalit, perkahwinannya dengan Khunying Pankhrua yang juga dikenali sebagai 'Khunying Louise' berakhir dengan penceraian kira-kira 10 tahun lalu.

Isteri baharunya berasal dari wilayah Nakhon Sawan.

Pasangan pengantin baharu ini kini menetap di sebuah rumah di Kaset-Nawamin di Bangkok.

Bercakap mengenai isteri keempatnya, kata Chavalit, dia seorang yang rapat dengannya dan sentiasa menjaga dirinya terutama ketika sakit.

Malahan, beliau mengakui menghormati isterinya itu dan akan sentiasa membawanya bersama bagi menghadiri majlis sosial.

Catat Ulasan

0 Ulasan