Najib Di Bicara Rosmah dilihat berada di sini

Najib Di Bicara Rosmah dilihat berada di sini

Loading...
Najib Di Bicara Rosmah dilihat berada di sini

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama anaknya, Norashman Najib dan Nooryana Najua Najib berjalan meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernam

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini ketika prosiding melibatkan suaminya yang menghadapi tuduhan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Beliau yang berbaju kurung warna peach dilihat berlegar di hadapan pintu masuk Mahkamah Tinggi 3 itu pada pukul 3.10 petang tadi, selepas berakhirnya prosiding kes berkenaan.


Kehadiran beliau untuk memberi sokongan moral kepada suaminya pada awalnya tidak disedari media. Sebaliknya, sorotan media tertumpu kepada kehadiran anak mereka iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta suaminya Daniyar Nazarbayev, ketika mereka muncul di kompleks mahkamah pada pagi ini.



Selain memberi sokongan moral kepada bapa mereka, Norashman dan Nooryana Najwa membayar RM500,000, separuh daripada ikat jamin RM1 juta. Baki ikat jamin berkenaan dipersetujui mahkamah untuk dibayar pada Isnin.

Mereka sekeluarga kemudiannya dilihat meninggalkan kompleks mahkamah bersama-sama.

Najib, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2.35 petang, semalam di kediamannya di Taman Duta, dikenakan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Rosmah turut hadir di mahkamah.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan berada di laluan koridor Mahkamah Tinggi Jenayah 3 pada pukul 2.53 petang.




SRC International ialah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 5 Jun, Rosmah turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes SPRM.

Catat Ulasan

0 Ulasan