Jangankan Beg,Stokin BIJAN Pun Mahal

Jangankan Beg,Stokin BIJAN Pun Mahal

Loading...
Jangankan Beg,Stokin BIJAN Pun Mahal
KETEPIKAN beg berjenama Hermes Birkin kerana beg berjenama Bijan kini menjuarai 'carta' rakyat Malaysia!


Sejak semalam, Bijan begitu hangat diperkatakan di laman sosial berikutan jenama terbabit disebut sebagai salah satu jenama beg yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Disebut sebagai ‘bizaen’, pasti ramai yang tidak pernah mendengar tentang jenama tersebut dan ada yang menyamakan jenama tersebut dengan bijan yang digunakan dalam masakan.

Jangan begitu! Bijan merupakan antara jenama yang termahal dan ia berada dalam lingkungan jenama paling eksklusif di dunia.
Kami senaraikan lima fakta menarik mengenai jenama fesyen Bijan yang memasarkan kelengkapan lelaki dan wanita termahal dunia:

1) Jenama Bijan diasaskan oleh pereka fesyen terkemuka kelahiran Iran, Bijan Pakzad. Lima Presiden Amerika Syarikat iaitu Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama pernah mendapatkan khidmat Bijan.

2) Antara orang ternama lain yang pernah mendapatkan servis Bijan ialah Malcolm Forbes, Roger Moore, Pierre Trudeau, Raja Juan Carlos, Barry Manilow, Raja Hussein (Jordan) dan pemain gitar, George Benson, pemain bola keranjang Micheal Jordan, pereka fesyen Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani serta artis terkenal seperti Tom Cruise dan Anthony Hopkins.

3) Sepasang stokin boleh mencecah harga RM403, tali leher bermula dengan harga RM4,031 dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.

4) Namun begitu, beg jenama Bijan tidak boleh didapati di pasaran biasa sebaliknya beg jenama Bijan boleh dibeli secara tempahan khas. Antara paling mahal yang dipercayai beg jenama Bijan berharga RM1.6 juta.

5) Bijan pernah berkolaborasi dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan. - Teks: Kamaruddin Razal Sumber: The Huffington Post, he Most Expensive Journal dan Harian Metro

Catat Ulasan

0 Ulasan