Bukan Untuk Buka Aib Sesiapa, Rita Rudaini Dedah Rahsia Bernikah Dalam Gudang Beras

Bukan Untuk Buka Aib Sesiapa, Rita Rudaini Dedah Rahsia Bernikah Dalam Gudang Beras

Loading...
Bukan Untuk Buka Aib Sesiapa, Rita Rudaini Dedah Rahsia Bernikah Dalam Gudang Beras:

rahsia%2Brita.jpg
 
Pelakon cantik jelita Rita Rudaini buat kali pertama mendedahkan secara eksklusif foto pernikahan dengan bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd Radzak.

Rita Rudaini yang kini berumur 42 tahun berkata, foto kenangan yang disimpan itu diambil ketika upacara akad nikah yang diadakan di sebuah gudang beras di negara jiran, Thailand.

Ini komen dari pelakon ini:

"Foto itu saya simpan baik-baik dalam sebuah cakera padat agar tidak tersebar, kini sampai masanya saya kongsi dengan orang yang nak tahu bagaimana perjalanan hidup saya.

"Kami bernikah di sebuah gudang beras kerana ketika itu imam tersebut rumahnya di atas gudang itu. Dia beri pilihan untuk bernikah di masjid tapi takut ada orang yang kenal,"


Rita Rudaini ditemui pada majlis pelancaran buku Kerana Aku Seorang Perempuan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Buku berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan ini merupakan adaptasi kisah benar kehidupan aktres ini ditulis oleh Pengarang Pancaindera, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Untuk pengetahuan, Rita Rudani berkahwin dengan Aidil Zafuan pada tahun 2008. Mereka berdua kemudia berpisah pada 5 September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.

Kedua-dua anak lelaki yang semakin membesar dan meningkat remaja ini kini di jaga sepenuhnya oleh Rita Rudaini.


Sememangnya, selepas berpisah, memang banyak kontroversi yang melanda Rita Rudaini dan juga Aidil Zafuan.

Sementara itu, pelakon popular ini berkata, dia menceritakan semua kejadian yang berlaku dalam kehidupannya tanpa berselindung menerusi buku berkenaan.

Tujuannya mengeluarkan buku ini bukan untuk membuka aib sesiapa atau untuk meraih simpati mana-mana pihak, tetapi sebaliknya ianya adalah untuk memberi kekuatan kepada para wanita di luar sana yang mengalami nasib yang sama dengan Rita Rudaini.

Ini penjelasan Rita Rudaini:

"Kisah ini dari mula sampai akhir sangat berat saya tanggung. Saya tahu ada orang lain yang berhadapan dengan kehidupan yang lebih teruk daripada saya.

"Kalau saya jujur orang marah dan kata saya raih simpati, saya tidak raih simpati sesiapa pun. Cuma saya kongsi rasa susah sangat bila ditinggalkan bertiga. Saya rasa sebelah sayap saya patah.

"Ramai yang tanya saya bagaimana nak jadi kuat, saya tidak mahu cerita banyak kali jadi saya luah semuanya dalam buku ini,"


Berbicara tentang penulisnya, Tengku Khalidah berkata, perancangan untuk menulis buku mengenai Rita sudah dirangka sejak tujuh tahun lalu.

Penulis ini mengenali Rita Rudaini sejak 20 tahun lamanya dan mengakui berasa amat kagum dengan ketabahan wanita itu sebagai seorang yang cekal memperjuangkan nasib seorang wanita.

Ini komen penulis buku berkenaan:

"Saya kenal dia sejak 20 tahun lalu dan ada bersamanya ketika dia berhadapan dengan pelbagai ujian.

"Dia boleh dikatakaan sebagai ikon wanita yang tabah dan semua saya tulis dari perspektif Rita sendiri. Tapi untuk mengelakkan mana-mana pihak terasa hati ada yang saya tidak kongsikan kepada pembaca,"


Kepada para peminat Rita Rudaini, kalian bolehlah mendapatkan buku ini untuk mengetahui kisah denganlebih lanjut dan lebih mendalam tentang kehidupan sebenar yang dijalani oleh Rita Rudaini. Mesti ianya penuh dengan warna warni.

Sumber: mStar

Catat Ulasan

0 Ulasan