Walaupun Dia Badan Sasa, Saya Tak Takut, Kata Ayah Zahirah

Walaupun Dia Badan Sasa, Saya Tak Takut, Kata Ayah Zahirah

Loading...
Walaupun Dia Badan Sasa, Saya Tak Takut, Kata Ayah Zahirah

“ALHAMDULILLAH, saya lega apabila Zahirah maklumkan dia sudah putus dengan Zul. Selama ini ada sebab kenapa saya tidak restu hubungan mereka,” luah pelakon veteran, Zainol Macwilson mengenai kisah cinta anaknya, Zahirah Macwilson yang berakhir sejak sebulan lalu dengan Zul Ariffin.
Zainol, 60, berkata sudah tiba waktu anaknya fokus kepada kerjaya dan perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam mengenali mana-mana lelaki.
Menurut Zainol, dia berharap pelakon berbadan sasa itu tidak lagi mengganggu anaknya dan jadikan perkara apa berlaku satu pengajaran.
“Dari awal lagi saya memang tidak suka mereka berkawan. Malah, ketika saya masih bersama mak Zahirah, dia ada beritahu yang Zul tidak hormat orang tua. Hari pertama jumpa dia sudah berikan persepsi negatif.
“Ternyata, orang sekeliling juga banyak menyampaikan perkara sama hingga saya juga terkena. Jadi, alasan saya tidak restu hubungan mereka ada asasnya. Saya bukan suka-suka berbuat sedemikian.
“Jadi, apabila Zahirah maklumkan perkara ini, saya berkata baguslah. Saya nasihat agar dia fokus kepada kerjaya dan jaga nama sebaiknya. Paling penting, jangan mudah tergoda lagi dengan sesiapa pun,” katanya.
Zainol yang juga pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu berkata, sepatutnya Zul dari awal lagi mengambil langkah berundur dan tidak meneruskan hubungan dengan Zahirah.
“Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.
“Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungjawab saya. Saya berharap, apa yang berlaku ini secara tak langsung, ia beri pengajaran dan harus ‘move on’.
“Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,” katanya.
Zainol juga mendedahkan, ketika Zul dan Zahirah masih bercinta, Zul tidak bersikap ‘gentleman’ dengan menggunakan Zahirah untuk bercakap dengannya.
“Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah?
“Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana,” katanya. – HMetro

Catat Ulasan

0 Ulasan