Loading...
"Soalan Susah Sangat,Macam Nak Mati"
AKAUN Instagram rasmi Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan dibanjiri dengan pelbagai aduan pelajar selepas empat hari berlangsungnya peperiksaan untuk pelajar sekolah menengah seluruh Indonesia.
Majoriti pelajar terlibat mengadu soalan peperiksaan itu terlalu sukar untuk dijawab.
"Malahan, pelajar pintar di kelas saya juga mengaku soalan terlalu sukar. Saya rasa macam nak mati," demikian komen pelajar seperti dilaporkan tribunnews.com.
Seorang lagi pelajar, Yana Sorodot gaplok menerusi akaun Twitter @YanaZu99 pula menulis: "(Matematik). 1% menjawab soalan. 99% hanya melihat pelajar lain menjawab soalan, berbincang, menghitung butang, bermain dadu daripada pemadam, membaca ayat Quran."
Susulan itu, menterinya, Muhadjir Effendy berkata, bagi peperiksaan tahun ini, soalannya dirangka berasaskan konsep yang diluluskan di peringkat antarabangsa iaitu Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (HOTS).
"Kami memohon HOTS untuk mendorong pelajar berfikir secara kritikal," katanya pada sidang media pada Jumaat seperti dilaporkan kompas.com.
Ujian penilaian menggunakan HOTS menetapkan supaya pelajar menganalisa, menilai dan mencari penyelesaian masalah, bukannya menghafal teori seperti mana konsep pendidikan konservatif yang menjadi amalan negara itu sebelum ini.
"Saya faham langkah fomulasi soalan berasaskan konsep HOTS adalah idea yang hebat untuk membolehkan kami berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan masalah.
Bagaimanapun, kami sangat-sangat tidak bersedia untuk menghadapi ujian seumpama ini," demikian luah seorang pelajar yang menggunakan nama @lindalindyyDear.-TheJakartaPost
0 Ulasan
jerit kat sini