UMIE AIDA DIRASUK,TEMPAT LAIN YANG DIALAS…TEMPAT LAIN YANG DIJILAT!”

UMIE AIDA DIRASUK,TEMPAT LAIN YANG DIALAS…TEMPAT LAIN YANG DIJILAT!”

Loading...
UMIE AIDA DIRASUK,TEMPAT LAIN YANG DIALAS…TEMPAT LAIN YANG DIJILAT!”

Teraju utama filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mengakui tidak sedar dia menjilat dinding Penjara Pudu yang tidak dialas, ketika melakonkan babak tersebut.Umie ketika ditemui Astro Gempak berkata, sebelum babak tersebut bermula, pengarah Dain Said sudah memaklumkan supaya dia menjilat dinding yang dialas kertas minyak.“

Tapi, bila pengarah jerit “action” saya terus lupa diri! Lain tempat dialas, lain tempat yang dijilat!

“Jangan tanya macammana rasa dinding Penjara Pudu sebab bila saya dirasuk dan roh lakonan dah masuk dalam badan, semua saya  langgar!”, katanya ketawa.

Ketika ditanya babak mana yang paling mencabar, Umie memberitahu, di dalam sel adalah yang paling menguji dirinya.

“Bayangkan, ketika ‘menurun’ dalam penjara saya terpaksa duduk di atas adik saya Betty kerana babak tersebut saya ‘pinjam’ kaki Betty!

“Sakit pinggang tau, kerana bukan mudah untuk menjayakannya. Betty juga belerja keras kerana terpaksa bergerak dalam keadaan baring sedang saya berada di atas badan dia.

“Sudahlah begitu, saya terpaksa lawan fobia terhadap ular demi menjayakan watak Dahlia Dahlan, seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam.

“Satu pengalaman baru buat saya kerana seawal jam pagi kami sudah memulakan penggambaran di Penjara Pudu,” katanya.

Dalam pada itu, Umie sempat menyatakan rasa kesalnya terhadap individu yang telah membuat penilaian awal filem Dukun tanpa menonton terlebih dahulu.

“Saya sangat sedih mereka bercakap tapi tak tengok pun lagi filem ini.
“Saya lagi sedih kalau yang bercakap itu adalah kawan saya,” ujarnya.

Terdahulu, ada pihak mempertikaikan klasifikasi diberikan kepada filem Dukun yang dikatakan boleh memberi kesan negatif kepada penonton di bawah 18 tahun.

Mereka turut mempersoalkan tentang filem ini yang dikatakan boleh merosakkan akidah anak muda dan tidak sesuai ditayangkan.

Dukun sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini, 5 April 2018.

Sinopsis Dukun

Filem Dukun yang dbintangi Datin Paduka Umie Aida, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli itu sebenarnya merupakan sebuah filem lama yang dirakamkan pada tahun 2007.

Diadaptasi daripada kes pembunuhan berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan penyanyi Mona Fandey yang didakwa pengamal ilmu hitam filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 itu diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga pihak terbabit.

Misteri Wanita Kebaya Merah Terjawab

Sejak minggu lalu, tular mengenai penampakan susuk seorang wanita berkebaya merah yang melintasi beberapa jalan raya.

Namun begitu akhirnya misteri wanita berkebaya merah itu terjawab kerana itu adalah ‘penampakan Diana Dahlan’ (Umie Aida) yang kini kembali menghantui tanah air.

Begitu hebat gimik filem ini! Tanpa memerlukan promosi yang besar dan panjang, kerana kami pasti sudah lama yang menantikan tayangan filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan