ISU MANTAN NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DITEMPATKAN DI RUMAH ORANG TUA .... BELIAU BUKAN DI ABAIKAN SEBALIKNYA DITEMPATKAN DISANA ATAS NASIHAT DOKTOR KATA ANAKNYA.

ISU MANTAN NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DITEMPATKAN DI RUMAH ORANG TUA .... BELIAU BUKAN DI ABAIKAN SEBALIKNYA DITEMPATKAN DISANA ATAS NASIHAT DOKTOR KATA ANAKNYA.

Loading...
ISU MANTAN NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DITEMPATKAN DI RUMAH ORANG TUA .... BELIAU BUKAN DI ABAIKAN SEBALIKNYA DITEMPATKAN DISANA ATAS NASIHAT DOKTOR KATA ANAKNYA. 




Siapa kata Menteri/Timbalan Menteri serta mantan-mantan hidup mewah seumur hidup mereka? Ada yang tidak bernasib baik kehidupan mereka berakhir menghuni di rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua.


Rasa terkejut apabila hal ini berlaku ke atas bekas anggota kabinet Malaysia, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman. Beliau yang dilaporkan kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua.

                                 
Lebih menyayat hati beliau ditempatkan dalam pusat jagaan milik bukan orang Melayu/Islam. Betullah pendapat yang mengatakan bahawa seorang Ibu boleh melahirkan dan membesarkan 9 orang anak dengan sempurna, sebaliknya 9 orang anak belum tentu memelihara seorang Ibu.

Kita hanya dapat bersimpati dengan nasib Datin Paduka. Kepada orang-orang UMNO, lapangkanlah masa anda untuk melawat tokoh parti ini. Tanpa beliau dan rakan-rakan seangkatannya, belum tentu parti sekukuh yang ada sekarang.

                             

UMNO MALAYSIA DITEMPATKAN DI RUMAH ORANG TUA .... BELIAU BUKAN DI ABAIKAN SEBALIKNYA DITEMPATKAN DISANA ATAS NASIHAT DOKTOR KATA ANAKNYA.

PETALING JAYA: Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap bekas Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Penerangan Datuk Paduka Rahmah Othman ditempatkan di pusat penjagaan pesakit-pesakit Alzheimer atas nasihat doktor dan persetujuan bersama ahli keluarganya.


 Perkara ini disahkan oleh anak perempuannya, Raha, yang berkata ibunya kini berada dalam keadaan sihat dan selamat. 

"Emak saya sihat walafiat, terlindung dan dijaga dengan baik. Dia memang ada penyakit Alzheimer kronik tetapi dari segi perubatan dan doktor semuanya dalam keadaan baik. 

"Memang doktor sarankan tempat itu kerana itu tempat yang terbaik untuk pesakit Alzheimer," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis. Rahmah kini ditempatkan di Dementia Homecare Centre Sdn Bhd, Teluk Panglima Garang, Klang, sebuah pusat jagaan pesakit-pesakit Alzheimer berbayar yang menyediakan pelbagai aktiviti terapi dan penjagaan 24 jam. 

Menurut Raha, beliau kesal dengan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga di laman sosial kononnya anak-anak bekas Naib Ketua Wanita Umno itu mengabaikan ibu mereka dengan menempatkannya di pusat jagaan khas. 

Jelasnya, ibunya telah ditempatkan di situ hampir dua tahun dan gembira sepanjang berada di sana. 

"Macam-macam fitnah mereka buat, mereka tak tahu hujung pangkal dan cerita sebenar. Saya anggap itu tuduhan tak berasas. "Hubungan kami dengan emak sangat rapat, kami sentiasa bersama dengannya, melawat setiap minggu, bawa dia keluar jalan-jalan dan bawa dia pergi ke majlis tertentu," jelasnya yang turut membawa ibunya bertemu doktor pakar mengikut jadual. 

Mengenai kritikan terhadap tindakan menempatkan Rahmah di sebuah pusat penjagaan milik bukan Muslim, beliau berkata isu itu tidak sepatutnya timbul kerana mereka sekeluarga lebih mengetahui apa tindakan terbaik untuk membuatkan Rahmah lebih selesa dan terjaga.

 Tambahnya, beliau telah membuat kajian mengenai pusat penjagaan itu sebelum membuat keputusan menempatkan ibunya di sana. Katanya, selain penjagaan 24 jam dan persekitaran yang tenang dan bersih, kebanyakan jururawat di situ beragama Islam, begitu juga tukang masaknya, malah di sana juga terdapat beberapa lagi penghuni Muslim. Beliau berkata sebagai pesakit Alzheimer berat,

 ibunya juga tidak diwajibkan menunaikan solat, justeru perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu. "Dua tahun pertama memang kami adik-beradik jaga emak tetapi keadaan mak semakin teruk. "Dia perlukan terapi, bukan penjagaan orang tua-tua. 

Doktor kata di sana tempat yang baik kerana ada aktiviti, terapi dan interaksi. "Memang betul, keadaan emak sebagai pesakit Alzheimer semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif," katanya sambil mengakui menjaga pesakit Alzheimer adalah sesuatu yang mencabar dan penuh dugaan. 

Walaupun kesal dengan tuduhan-tuduhan di laman sosial, Raha berkata keluarganya amat menghargai pengunjung-pengunjung yang prihatin dan melawat ibunya selama ini. Namun, selepas apa yang berlaku beliau membuat keputusan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat ibunya. Beliau juga bimbang jika kunjungan pelawat boleh menjejaskan aktiviti harian pesakit yang telah disusun pihak pengurusan. "Mak saya tak faham semua ni...apa yang berlaku. 

Kalau tidak, hidup dia akan lebih terganggu. "Saya memang hargai kalau nak melawat mak, tapi jangan buat tuduhan bukan-bukan," katanya dengan nada kecewa. Kisah mengenai Rahmah tersebar di laman sosial sejak tiga hari lalu dan mendapat kritikan hebat. Turut disebarkan beberapa keping gambar Rahmah ketika menjalankan aktiviti di pusat jagaan tersebut yang dimiliki seseorang yang bergelar 'Datuk' bukan beragama Islam. 

Selain pernah dilantik sebagai timbalan menteri di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Rahmah juga pernah menang dalam pertandingan di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya 1982. Pada 1989 beliau menyertai parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan