Loading...
Dulu Hodoh,Sekarang Kacak Macam Putera 'Beauty and the Beast'
SEORANG lelaki membuat netizen terpesona apabila memuat naik gambar menunjukkan perbezaan dirinya semasa gemuk dan selepas berat badannya turun 32kg.
Jeffrey Kendall, 26, yang 'baharu' kini dilihat sama dengan wajah lelaki yang memegang watak putera dari filem 'Beauty and the Beast'.
Netizen kagum bagaimana penurunan berat badan mampu mengubah dirinya menjadi seorang lelaki kacak.
Tetapi sebelum perubahan itu, siapa tahu bahawa Kendall, dua tahun lalu bukan sahaja gemuk, tetapi juga menganggur dan seorang yang murung.
Dia tinggal bersama ibunya yang sakit di Connecticut.
-foto Reddit
Bercakap kepada Best Life, dia berkata: "Ibu saya dibenarkan keluar hospital pemulihan selepas tujuh bulan, bukan sebab keadaan bertambah baik tetapi berdepan masalah insurans.
"Pada masa itu, saya sangat tak terurus dan menghadapi kemurungan," katanya.
Situasi berubah apabila salah seorang kawannya mengajaknya pergi ke gym dan Kendall bersetuju.
Pada mulanya dia hanya melakukan senaman ringan dengan perjanjian membuat senaman bangkit tubi setiap hari.
"Tidak lama kemudian saya mula bangun pagi dan berjalan-jalan, mendengar lagu The Beatles atau muzik yang tenang tetapi dapat mempercepatkan langkah saya.
"Kemudian saya pulang ke rumah dan membantu ibu saya, kemudian pada waktu malam, saya mula melakukan yoga!," katanya.
Di YouTube, Kendall juga mendapati banyak inspirasi dan tutorial senaman.
Tetapi dia berkata perubahan paling besar adalah dietnya, yang mana dia berpandangan ia adalah
0 Ulasan
jerit kat sini