Untuk Lepasan SPM,Di Sini Kelebihan STPM

Untuk Lepasan SPM,Di Sini Kelebihan STPM

Loading...
Kepada budak lepasan SPM kat luar sana, aku nasihatkan tak payah la apply diploma. Masuk je Form 6.

STPM tu sama taraf dengan diploma tapi yang baiknya, bayar tak sampai RM500 untuk 1 1/2 tahun. Kau pula berhutang PTPTN sampai RM15-20 ribu. Itu yang belajar kat IPTA, kawan aku yang ambil diploma kat kolej swasta (nama dirahsiakan) pula berhutang RM30K lepas tu tak dapat kerja. Aku dulu habis STPM tak ada sesen hutang pun. Kita kena ingat nanti dah besar nak beli kereta, nak kahwin dan nak ada rumah. Macam mana kau nak dapat semua tu kalau hutang diploma 20k dan hutang degree 25k?
Aku tahu kau malu pakai baju uniform sekolah. Kononnya macam budak - budak hingusan. Kau jealous nak pakai baju cantik, terikut - ikut macam drama cinta kolej kat TV tu. Tapi serius aku cakap tak ada maknanya. Kau tahu kenapa ramai mahasiswa degree kelantan dan cina kat universiti? Bukan sebab mereka lagi pandai daripada budak negeri / etnik lain tapi sebab mereka buat keputusan bijak ambil Form 6 bukannya diploma. Mereka tahu yang kerajaan utamakan STPM untuk kemasukan degree bukannya matriks, diploma dan sebagainya.
Orang kata STPM lagi susah diploma. Memang betul. Aku pun setengah mati jawab examnya. Tapi waktu degree nanti lagi susah. Baik start susah sekarang daripada terkejut beruk ambil paper degree nanti.
Status ni sebagai nasihat je. Jangan pula budak diploma salah faham atau buat - buat salah faham kononnya aku hina pilihan mereka belajar mana. Kadangkala kebenaran tu sakit untuk kita terima.
Faz,
The Rational Rakyat

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Assalamualaikum.

    Diploma Business Administration
    Cyberjaya University College of Medical Sciences, Selangor.
    Untuk golongan Pendapatan Keluarga Bawah RM4000.
    Asrama Percuma.
    Program 2 setengah tahun.
    Yuran Pengajian Hanya RM300
    Emailkan kepada : shahrulnizam@cybermed.edu.my
    Contact no : 0125037940

    BalasPadam

jerit kat sini