Doa Ashraf Muslim Buat Dua Isterinya, Tak Kecoh Pun

Doa Ashraf Muslim Buat Dua Isterinya, Tak Kecoh Pun

Loading...
Doa Ashraf Muslim Buat Dua Isterinya, Tak Kecoh Pun


Apabila seorang suami faham amanah dan agamanya, maka berbahagialah insan tersayang yang ada di sekelilingnya. Demikian yang boleh digambarkan dalam kehidupan rumahtangga pelakon Ashraf Muslim yang dianugerahkan 2 orang isteri, Noor Dayana dan Wan Sakinah serta dikurniakan 3 orang anak, Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Anas Ashraf.

Bagi Ashraf Muslim baik isteri pertama mahupun kedua, mereka tetap insan yang cukup istimewa di hatinya. “Mereka adalah wanita yang luar biasa bagiku. Sentiasa memahami perjalanan hidupku yang berwarna warni ini.

Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka buatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak.”

Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu.

Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka seperti orang-orang yang beriman sebelum ini. Amin.”

Itulah doa yang ditujukan buat isteri-isterinya ketika meraikan Hari Wanita semalam.
Doa yang baik-baik ini juga sentiasa Ashraf titipkan untuk penyambung warisannya iaitu tiga orang anak tercinta.



Inilah Harta Dan Amanah Allah Untuk Ku Jaga – Ashraf Muslim

Akui Ashraf isteri-isterinya itulah harta dan amanah Allah untuknya jaga agar menjadi permata yang bersinar dan melahirkan seorang yang soleh dan solehah.

Merekalah anak-anakku yang amat ku sayangi, Sarah, Adam dan Anas. Walaupun kadang rasa nak bersilat bila dengan korang ni tapi itulah yang mengajarku menjadi seorang ayah yang hebat untuk mereka.”

Terima kasih mama dan ibu tak pernah penat menjaga dan mendidik mutiara-mutiara kita ini. InsyaAllah syurgalah balasannya nanti.

Wahai anak-anakku, ayah nak ucapkan terima kasih kerana sentiasa memberi inspirasi kepadaku bila setiap saat melihat karenah-karenah kamu semua (senyum je bila anak buat perangai.. hehehe).”

Dan inilah pesanan Ashraf untuk para ibu bapa yang lainnya. “Pada mereka di luar sana, jagalah anak-anak seperti mana nabi kita Muhammad SAW menjaga dan mendidik anak-anaknya.
InsyaAllah akan dapat kebahagiaan tak terkira nanti.





Dah Ada Isteri, Bukan Satu Tapi Dua

Sesungguhnya doa yang baik-baik sebegini, eloklah mak ayah ambil untuk jadikan pedoman. Agar bahtera perkahwinan yang dibina kerana Allah ini biar apa pun cabaran dan rintangannya, akan Allah pelihara dan permudahkan juga.

Malah MW pun bahagia tengok betapa mesranya kedua-dua madu ini, Noor Dayana dan Wan Sakinah. Bergurau bersama sebegini pun dapat merapatkan kemesraan antara mereka.

Bila mana mereka bergurau dengan Ashraf Muslim dengan bergambar berdua dan dikongsikan di IG suaminya. Peluang itu diambil ketika ashraf sedang lena.

Bukan senang dapat hack IG ayah ni. Apalagi letak gambar kitaorang la pulak. Nak bagi ayah ingat sikit yang dia dah ada isteri, bukan satu tapi dua!”

Sumber/Foto : Instagram Ashraf Muslim

Catat Ulasan

0 Ulasan