Tunku Idris Dituduh Kejam Pijak Kucing, Ini Penjelasannya

Tunku Idris Dituduh Kejam Pijak Kucing, Ini Penjelasannya

Loading...

Tunku Idris Dituduh Kejam Pijak Kucing, Ini Penjelasannya
                           

Membela kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki daripada Allah SWT di atas muka bumi ini tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan khususnya kasih sayang. 


Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati.

Sifat inilah yang ada pada Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismailiaitu merupakan anakanda ketiga kepada Paduka Seri Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia.

Tunku Idris merupakan pencinta haiwan termasuklah seekor kucing peliharaanya yang  merupakan salah satu kucing jalanan yang berjaya diselamatkan. Namun disebalik niatnya yang murni, ada juga netizen yang cuba membuat tuduhan palsu terhadapnya mengenai cara dia menjaga kucing.

Pijak Kucing?

Baru-baru ini Tunku Idris telah memuatnaik sebuah foto kucing peliharaannya di Instagram. Namun apa yang mencuri perhatian netizen, seolah-olah gambar itu menunjukkan Tunku Idris memijak badan kucing tersebut.

Hal ini menyebab ramai yang menuduh Tunku Idris bersikap kejam terhadap haiwan.


Ternyata dakwaan netizen ini adalah tidak benar sekali kerana Tunku Iris memaklumkan bahawa dalam gambar itu sebenarnya dia sedang menggosok perut kucingnya dengan menggunakan kaki.
“Ramai yang menghantar saya DM mengatakan bahawa saya begitu kejam memijak kucing. Saya menggosok perutnya dengan kasut ini adalah salah satu kucing jalanan yang saya sempat selamatkan dan tinggal bersama saya sekarang, berapa banyak kucing yang anda dah diselamatkan?”
                                

Rata-rata netizen menyarankan supaya Tunku Idris tidak mempedulikan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya. Hangat.com merasakan kebanyakkan orang yang DM (Direct Message) memberi teguran pada Tunku Idris tak ada pengalaman memelihara kucing, jadi mereka mudah untuk membuat tuduhan sesuka hati.

Catat Ulasan

0 Ulasan