Terkejut....Foto Dating Dengan Elfira Tersebar,Lelaki Ini Masuk Hospital

Terkejut....Foto Dating Dengan Elfira Tersebar,Lelaki Ini Masuk Hospital

Loading...
Terkejut....Foto Dating Dengan Elfira Tersebar,Lelaki Ini Masuk Hospital
DIKAITKAN mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Elfira Loy menyebabkan
usahawan muda dikenali sebagai Asyraff Mazlan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Asyraff, 30, dia ditahan di wad selama tiga hari kerana mengalami tekanan dan perlu berehat dengan pantauan doktor.

"Saya mengalami sedikit tekanan sehari selepas tersebarnya foto mengatakan saya mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira dan menjadi punca mereka (Elfira dan Sufian Suhaimi) putus tunang.

"Saya memilih untuk berehat di hospital dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang gosip yang tersebar itu. Alhamdulillah sekarang kesihatan dah okay," katanya kepada mStar Online.





Gambar dimuat naik Asyraff di laman Instagram menarik perhatian netizen.

Asyraff ditemui semasa pertunjukkan fesyen raya Leeyana Raya 2018 yang berlangsung di The Majestric Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Asyraff berkata dakwaan dia menunaikan umrah bersama Elfira dan keluarga juga adalah tidak benar.

Ujarnya, mereka mengerjakan ibadah tersebut dalam kumpulan yang ramai dan foto itu dimuat naik sebelum pelakon tersebut berdepan dengan kontroversi putus tunang.

"Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pergi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta kapsyen di Instagram hanyalah gurauan sesama teman.




Kapsyen yang ditulis olehnya itu hanyalah gurauan sesama teman.

"Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengerjakan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul.

"Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Asyraff mengakui jarang menghubungi Elfira dan memilih untuk tidak masuk campur urusan peribadi pelakon tersebut.

"Kami jarang berhubung dan terakhir bertemu semasa sambutan hari jadi seperti dalam foto yang saya muat naik di Instagram tempoh hari.




Asyraf merupakan rakan perniagaan kepada selebriti fesyen, Wak Doyok.

"Sekarang ini saya tak mahu terlalu memikirkan mengenai gosip tersebut kerana ia tidak benar dan kami hanya berkawan.

"Saya pun sudah berpunya dan mujurlah kekasih faham apa yang berlaku dan tidak salah anggap dengan khabar angin ini," ujarnya.

Sebelum ini, nama Elfira menjadi perbualan hangat netizen apabila ibunya mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan