Dalang sebenar disebalik pembikinan video hantu kebaya merah

Dalang sebenar disebalik pembikinan video hantu kebaya merah

Loading...
Dalang sebenar disebalik pembikinan video hantu kebaya merah

SEORANG individu yang dikaitkan sebagai dalang dalam pembikinan video hantu kebaya merah sehingga kini tidak henti-henti dihubungi orang ramai yang mahu bertanya mengenai kesahihan kejadian itu.

Nazrul Hisham Abdul Manaf, yang mana nombor telefonnya telah tersebar menerusi paparan skrin perbualan kumpulan WhatsApp komuniti 'Taman Bunga Raya Official' bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam video tular itu.

Dia ketika dihubungi mStar Online pada Khamis mendakwa kenyataannya dalam perbualan WhatsApp berkenaan telah disalah erti kerana dia sekadar mahu menyindir orang ramai sahaja yang didakwa mudah percaya dengan apa yang dipaparkan di media sosial lebvih-lebih lagi apabila sesuatu posting itu tular.

"Bila semua dah bising pasal video hantu semalam (Rabu), saya sengaja buat kenyataan dalam bentuk sarcasm (sindiran).

"Tapi ramai yang tak faham ayat saya sehingga mereka menyangka saya dalang sebenar. Saya ni bukannya ada masa nak buat video macam tu.

"Yang saya pelik kenapa ramai yang mudah percaya. Dalam dunia moden 2018 ni, tak susah pun untuk buat video macam tu, sesiapa pun boleh buat," ujar Nazrul.




Paparan skrin kumpulan WhatsApp yang tersebar di media sosial yang menyebabkan Nazrul Hisham dituduh terlibat dalam pembikinan video hantu kebaya merah.

Lelaki berusia 40-an dari Rawang itu berkata, jika kejadian itu benar sekali pun, tiada apa yang perlu dihairankan kerana dalam Al-Quran ada memberitahu mengenai kewujudan makhluk ghaib.

Selepas nombor telefonnya tersebar, dia menerima lebih 50 panggilan dan hampir 100 mesej sejak semalam.

"Ramai yang menghubungi saya untuk tahu cerita sebenar. Mereka tanya seronok ke takut-takutkan orang?.

"Yang maki saya pun ada, tapi saya tak kisah. Tak terfikir pun nak matikan telefon atau tukar nombor," katanya.




Bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai, dia menerusi akaun Facebooknya berkongsi satu posting Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib yang mendakwa video berkenaan merupakan salah satu babak dari sebuah filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Dalam posting itu, pengendali akaun berkenaan mendakwa video kebaya merah itu merupakan satu strategi pemasaran sahaja.

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan produksi manakah yang bertanggungjawab menerbitkan video berkenaan.


Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh seorang penduduk di kawasan tersebut dan menegaskan jalan yang dilalui pemandu itu bukan di Kulim, sebaliknya di Klang. 

"Dah ke mana pula Bukit Lengkok, Kulim, Kedah? Ini kawasan rumah saya Jalan Kolam Lama di dem Klang Gate Taman Melawati. Orang Kuala Lumpur tahulah. Siapa tahu sejarah tempat ini, banyak orang bunuh diri, tempat orang buang benda dah di sini. 



"Dulu masa kanak-kanak, selalu mandi di empangan dem ni. Pengunjung pun tak nak datang sebab 'keras'. Bukan tak nak datang, memang tak ada orang datang siang dan malam. 

"Dulu Kerajaan Negeri pernah buat opening untuk hutan lipur, tetapi tetap orang tak berani datang sebab orang di kawasan ini tahu sejarahnya. 

"Masa kanak-kanak dulu selalu kayuh basikal di kawasan ini nak pergi mandi di empangan. Siang pun rasa seram. Pernah di waktu maghrib saya dan kawan-kawan terperasan ada budak naik atas empangan. Maghrib, tiada siapa yang berani naik dah tetapi budak ini naik, terjun, naik balik dan terjun berulang kali. Kalau manusia, biasanya dah mati. 

"Selain itu pernah nampak tiga ekor pontianak di tempat ini yang ternyata memang keras," kata Aril Catraz.

Ada segelintir netizen yang mendakwa video itu hanya lakonan semata-mata dan dikatakan dilakonkan oleh pelakon Nur Fazura bagi filem The Legend of Pontianak. Tetapi dinafikan kembali oleh netizen berikutan kain yang dipakai Fazura dalam filem itu tidak sama dengan video yang viral.



Juga tersebar perbualan WhatsApp sebuah group Taman Bunga Raya Official di mana ada ahlinya yang dikenali sebagai NasRc mendakwa dia dan rakan-rakannya telah merancang melakukan 'penampakan' tersebut. 

"Aku pakat dengan 3-4 orang member, masing-masing pakai baju kebaya yang sama warna. Selepas itu, soh depa dok di 3-4 lokasi yang berbeza. Yang lain dok tepi jalan ja. Yang last dok tengah jalan. Manakala aku drive kereta siap camera, rekod sepanjang jalan. 

"Dah dapat video, post dalam timeline aku. Boh tajuk gempak-gempak sikit, kompom viral. Sebab masyarakat kita mudah percaya dan terperdaya dengan cerita-cerita macam ni. 


"So apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan orang yang mengaku cerdik. Hahaha! Sekian cerita aku malam ni," tulisnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan