Saya Mahu Siti Aafiyah beri hadiah pada ibunya setiap kali hari jadinya, bukan ibu dia yang bagi -Khalid

Saya Mahu Siti Aafiyah beri hadiah pada ibunya setiap kali hari jadinya, bukan ibu dia yang bagi -Khalid

Loading...
Siti Aafiyah Tidak Akan jadi Selebriti


AMPANG: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mahu anak sulungnya Siti Aafiyah yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.
Sebaliknya, Siti, 39, berharap dia dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

“Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow.
“Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat.
“Apa yang kami minta hanya tujuh hari itu sahaja untuk kami umumkan sendiri namanya, selepas ini tiada yang eksklusif,” ujarnya kepada mStar Online.



Siti Aafiyah pelengkap keluarga Siti Nurhaliza dan Datuk K.
Siti ditemui selepas mengumumkan nama anak perempuannya Siti Aafiyah Khalid dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam.
Majlis akikah dan tahnik itu diketuai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.
Sementara itu, Siti berkata, dia belum memikirkan untuk mewujudkan sebuah laman sosial Instagram untuk Siti Aafiyah seperti anak artis lain.
“Berkaitan Instagram saya tidak fikir lagi, tapi saya kena fikir dan dalam masa yang sama saya mahu dia jalani kehidupan secara normal.
“Sebelum ini memang sudah banyak Instagram palsu yang menggunakan namanya, namun saya yakin peminat-peminat tidak percaya selagi saya tidak umumkan sendiri.
“Buat masa ini gambar-gambar Siti Aafiyah hanya akan dimuat naik di Instgram saya,” ujarnya.


Siti Nurhaliza akhirnya merasai pengalaman menjadi sorang ibu.
Dalam pada itu, ditanya tentang populariti yang diraih anaknya, Siti berkata, ia adalah tempias daripada penantiannya selama 11 tahun.
Katanya, kanak-kanak itu tidak dapat lari daripda tempias populariti ibunya sebagai seorang penyanyi.
“Dia popular sebab terkena tempias ibunya (Siti) seorang penyanyi. Mungkin sebab terlalu lama peminat menantikan detik ini.
“Penantian itu sendiri membuatkan dia menjadi perkara yang paling istimewa,” ujarnya.
Penantian 18 Tahun Datuk K Dimakbulkan Allah
Sementara itu, suami penyanyi itu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K memberitahu kelahiran Siti Aafiyah juga merupakan menamatkan penantiannya selama 18 tahun untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.


Khalid menyuap sesuatu ke mulut bayinya sambil dipandang isteri tersayang.
Katanya, bilik yang disediakan dalam rumah berkenaan sudah disediakan khas untuk seorang cahaya mata perempuan sejak 18 tahun lalu.
“Doa saya selama 18 tahun untuk mempunyai seorang anak perempuan telah dimakbulkan Allah.
“Ketika rumah ini siap semua anak lelaki saya dapat satu bilik, ada satu bilik kosong memang khas saya sediakan untuk anak perempuan. Sekarang baru ada penghuninya,” ujarnya yang mempunyai empat orang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.
Kata Khalid, perasaannya bercampur baur apabila melihat Siti akhirnya bergelar seorang ibu.

Siti Nurhaliza dan Khalid ketika membuat pengumuman nama anak mereka selepas tujuh hari dilahirkan.
Selain itu, Datuk K turut menghadiahkan sebentuk cincin yang dibeli bagi pihak Siti Aafiah untuk diberikan kepada Siti sebagai tanda penghargaan.
“Cincin itu daripada Siti Aafiyah, saya mahu dia ingat dan akan memberi hadiah kepada ibunya setiap kali hari jadinya, bukan ibu dia yang bagi hadiah,” ujarnya.
Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.
Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.


Catat Ulasan

0 Ulasan