Abang Tak Sabar Nak Gomol Siti Aafiyah

Abang Tak Sabar Nak Gomol Siti Aafiyah

Loading...
Abang Tak Sabar Nak Gomol Siti Aafiyah


Majlis tahnik, aqiqah dan pengumuman anak Dato’ Siti Nurhaliza berlangsung meriah semalam sambil ditonton puluhan ribu peminat secara langsung di Youtube.

Benarlah, Siti Aafiyah kini menjadi bayi nombor satu Malaysia apabila menjadi anak kepada penyanyi nombor satu negara.

Kehadiran orang baru dalam hidup keluarga Siti dan Dato’ K ini bukan sahaja dinanti-nanti oleh pasangan itu sahaja, malahan abang-abang gadis kecil itu turut meluahkan rasa teruja mereka mempunyai adik perempuan.

Tak sabar nak jumpa





Aazief merupakan anak bongsu Dato’ K hasil perkahwinan dengan Tengku Zawyah Tengku Izham. Selain Aazief, 3 orang anak tiri Tokti adalah Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf.

Aazief yang kini melanjutkan pelajarannya di luar negara menyatakan rasa tidak sabarnya untuk berjumpa dengan adik perempuannya itu apabila tiba masanya nanti.

Saling tak tumpah macam Mak Iti



Aazief juga mengucapkan syukur kerana penantian bapa dan ibu tirinya yang mesra disapa Mak Iti akhirnya berbaloi.

Ketika dapat melihat Siti Aafiyah untuk pertama kali, Aazief menyifatkan adiknya itu saling tak tumpah seperti penyanyi kesayangan ramai itu dan tidak sabar mahu ‘menggomol’ si comel berkenaan.

Ini amaran ‘keras’ untuk bakal teman lelaki Siti Aafiyah



Aazief juga menegaskan dia sebagai abang kepada adik yang baru dilahirkan itu akan menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi bakal mana-mana lelaki yang cuba mendekati si adik di masa depan.

Walaupun kedengaran seperti bernada gurauan, sudah tentunya sebagai abang, Aazief dan adik-beradiknya yang lain semestinya akan bersifat melindungi adiknya itu.

Sumber: Aazief Khalid

Kredit; Ohbulan

Siti Aafiyah Tidak Akan Dididik Jadi Selebriti

AMPANG: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mahu anak sulungnya Siti Aafiyah yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.
Sebaliknya, Siti, 39, berharap dia dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

“Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow.

“Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat.

“Apa yang kami minta hanya tujuh hari itu sahaja untuk kami umumkan sendiri namanya, selepas ini tiada yang eksklusif,” ujarnya.




Siti Aafiyah pelengkap keluarga Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Siti ditemui selepas mengumumkan nama anak perempuannya Siti Aafiyah Khalid dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam.

Majlis akikah dan tahnik itu diketuai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.
Sementara itu, Siti berkata, dia belum memikirkan untuk mewujudkan sebuah laman sosial Instagram untuk Siti Aafiyah seperti anak artis lain.

“Berkaitan Instagram saya tidak fikir lagi, tapi saya kena fikir dan dalam masa yang sama saya mahu dia jalani kehidupan secara normal.

“Sebelum ini memang sudah banyak Instagram palsu yang menggunakan namanya, namun saya yakin peminat-peminat tidak percaya selagi saya tidak umumkan sendiri.

“Buat masa ini gambar-gambar Siti Aafiyah hanya akan dimuat naik di Instgram saya,” ujarnya.



Catat Ulasan

0 Ulasan