Loading...
Puteri Diana Hadir Majlis Perkahwinan Harry, Meghan?
PUTERA Harry dan Meghan Markle mengedar ratusan kad undangan kepada tetamu untuk hadir ke upacara perkahwinan Diraja sejak minggu lalu.
Namun, pasangan itu dilaporkan akan menerima kehadiran seorang tetamu penting (VIP) tambahan ke majlis bersejarah itu, tidak lain dan tidak bukan ibunya sendiri, Puteri Diana.
Pada Khamis, Harry dan Meghan menghantar sebanyak 600 kad undangan ke majlis yang akan diadakan di Istana Windsor, namun senarai terkini menjadikan ia kepada 601 tetamu.
Berita tentang kehadiran itu didedahkan sendiri oleh 'Puteri Diana' dengan ucapan 'tidak akan terlepas daripada menghadiri majlis itu'.
Pasangan kembar Terry dan Linda Jamison yang mempunyai kebolehan psikik mendakwa, mereka menghubungi puteri kesayangan rakyat itu tentang persediaan perkahwinan tersebut.
Dakwa mereka, Diana turut mendedahkan tentang butiran terperinci tentang apa yang harus dijangka berlaku semasa perkahwinan yang akan berlangsung 19 Mei itu nanti.
Terry dan Linda juga mendakwa mereka 'dirasuk' oleh roh Diana yang telah mengawal tangan mereka dengan menulis pesanan: "Saya pasti akan hadiri ke majlis perkahwinan Harry dan Meghan.
"Saya juga pernah hadir pada majlis perkahwinan William dan Kate. Ia sangat indah, seperti versi kecil majlis saya... dan juga kereta kuda. Majlis saya terlampau besar.
"Saya berada dengan mereka walaupun mereka tidak menyedarinya!"
Catatan itu muncul beberapa bulan selepas Putera William mengakui dia merasakan Diana 'benar-benar berada di sana' pada majlis perkahwinan dengan Kate Middleton pada 2011. - Daily Star UK
0 Ulasan
jerit kat sini