Loading...
Penjejak Hantu Dakwa Rakam Gambar Askar Abad Ke17:
KELIBAT luar biasa yang dapat dilihat dalam satu rakaman di tanah perkuburan yang dikatakan berhantu berkemungkinan besar seorang askar tahun 1600-an.
Kelibat menyeramkan itu dilihat sedang terapung di atas tembok batu nisan dalam gambar-gambar yang diambil oleh Louisa Farell, ketika mengambil bahagian dalam salah lawatan mengelilingi kawasan perkuburan bersejarah itu.
Bentuk menyeramkan itu kelihatan seperti memakai perisai Perang Saudara ketika era abad ke-17, lapor Liverpool Echo.
Perisai tersebut, yang melindungi dada dan lengan serta mempunyai perlindungan siku, digunakan secara meluas oleh kebanyakan tentera sehingga akhir abad ke-17.
Ramai askar dalam tempoh bersejarah itu akan memakai perisai baju perang seperti itu, tanpa perlindungan kaki.
Bentuk wajah juga dapat dilihat dengan topi keledar dipakai di kepala.
Keith Braithwaite telah menganjurkan ‘perjalanan menjejak hantu’ di St James Cemetery sejak tahun 2002 dan berkata ia adalah salah sebuah tanah perkuburan yang paling berhantu di Merseyside.
Menggambarkan gambar itu menyeramkan, pemburu hantu itu berkata: “Ia kelihatan seperti pakaian pertempuran pada masa dahulu.
“Dan saya fikir ia adalah seorang askar ketika zaman Prince Rupert datang ke Liverpool.”
Pada tahun 1644, Prince Rupert dari Jerman tiba di Merseyside dengan 10,000 orangnya dan menempatkan orang-orangnya di situ yang sekarang dikenali sebagai Everton Brow.
Sebuah lokap, yang dikenali sebagai Menara Putera Rupert atau Everton Lock-Up didirikan dan kekal di Everton Brow hingga hari ini, selepas putera itu dan pasukannya berkampung di kawasan itu.
Louisa, yang merakamkan kelibat misteri itu pada 7 Mac, berkata: “Ini adalah perjalanan menjejak hantu pertama saya dengan Keith.
“Dan saya sangat teruja melihat sesuatu muncul dan perkara pertama yang saya lihat adalah wajah di sebelah kanan,” katanya.
Keith menambah: “Saya telah berjalan sejak tahun 2002 dan saya melakukannya di St James sebulan sekali.
“Ia adalah tempat yang sangat aktif dan kami sentiasa mendapat ‘hasil’ tetapi pada masa yang sama orang yang saya bawa menghormati mereka yang telah mati.
“Ia adalah salah satu tanah perkuburan yang paling berhantu di Merseyside dan terdapat banyak sejarah untuk orang-orang yang dikebumikan di sana,” katanya.
KELIBAT luar biasa yang dapat dilihat dalam satu rakaman di tanah perkuburan yang dikatakan berhantu berkemungkinan besar seorang askar tahun 1600-an.
Kelibat menyeramkan itu dilihat sedang terapung di atas tembok batu nisan dalam gambar-gambar yang diambil oleh Louisa Farell, ketika mengambil bahagian dalam salah lawatan mengelilingi kawasan perkuburan bersejarah itu.
Bentuk menyeramkan itu kelihatan seperti memakai perisai Perang Saudara ketika era abad ke-17, lapor Liverpool Echo.
Perisai tersebut, yang melindungi dada dan lengan serta mempunyai perlindungan siku, digunakan secara meluas oleh kebanyakan tentera sehingga akhir abad ke-17.
Ramai askar dalam tempoh bersejarah itu akan memakai perisai baju perang seperti itu, tanpa perlindungan kaki.
Bentuk wajah juga dapat dilihat dengan topi keledar dipakai di kepala.
Menggambarkan gambar itu menyeramkan, pemburu hantu itu berkata: “Ia kelihatan seperti pakaian pertempuran pada masa dahulu.
“Dan saya fikir ia adalah seorang askar ketika zaman Prince Rupert datang ke Liverpool.”
Pada tahun 1644, Prince Rupert dari Jerman tiba di Merseyside dengan 10,000 orangnya dan menempatkan orang-orangnya di situ yang sekarang dikenali sebagai Everton Brow.
Sebuah lokap, yang dikenali sebagai Menara Putera Rupert atau Everton Lock-Up didirikan dan kekal di Everton Brow hingga hari ini, selepas putera itu dan pasukannya berkampung di kawasan itu.
“Dan saya sangat teruja melihat sesuatu muncul dan perkara pertama yang saya lihat adalah wajah di sebelah kanan,” katanya.
Keith menambah: “Saya telah berjalan sejak tahun 2002 dan saya melakukannya di St James sebulan sekali.
“Ia adalah tempat yang sangat aktif dan kami sentiasa mendapat ‘hasil’ tetapi pada masa yang sama orang yang saya bawa menghormati mereka yang telah mati.
“Ia adalah salah satu tanah perkuburan yang paling berhantu di Merseyside dan terdapat banyak sejarah untuk orang-orang yang dikebumikan di sana,” katanya.
0 Ulasan
jerit kat sini