Loading...
“Pakej Katering Rm16k, Tapi Nasi Mentah, Kek Nak Roboh, Lauk Tak Cukup."Pasangan Pengantin Tanggung Malu Di Tipu Oleh Syarikat Katering..:
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan majlis perkahwinan berlangsung dengan sempurna apatah lagi ia diraikan bersama keluarga tersayang serta sahabat handai.
Namun, impian pasangan raja sehari ini bertukar mimpi ngeri apabila mendakwa diperdaya pihak katering yang gagal menyediakan hidangan pengantin dan lauk-pauk para tetamu seperti dijanjikan.
Pengantin perempuan, Nur Hazimah Abd Rani berkata, dia tidak menyangka seorang lelaki dari syarikat katering tersebut yang luarannya nampak warak dan baik tergamak bertindak seperti itu pada majlisnya yang diadakan di sebuah dewan di Ampang, Kuala Lumpur, 4 Februari lalu.
"Mula-mula jumpa nampak dia seperti baik je, 'innocent' sangat, dahi dia pun ada tanda hitam, pakai kurta, jubah, jadi, saya percaya dengan dia.
"Saya rasa tertipu selepas dapat tahu dia ni 'scammer' (penipu)," dakwanya, ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Lauk pengantin dihidangkan di dalam bekas makanan pada majlis persandingan Nur Hazimah.
Bagaimanapun, eksekutif perkhidmatan pelanggan itu mendakwa tidak mengetahui jumlah sebenar mangsa yang telah ditipu oleh lelaki berkenaan.
Difahamkan, pihaknya sudahpun membuat laporan polis dan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung isu ini dan perbicaraan akan dijalankan pada 20 Mac.
Jumlah kerugian yang dialami oleh Nur Hazimah dan suaminya adalah sekitar RM4,000 dari RM16,000 jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada lelaki terbabit.
"Bayar pakej hampir RM16,000 tapi dia 'tarik' benda sikit-sikit, dia bagi makanan tapi tak cukup seperti yang diminta. Bayangkan dia letak lauk pengantin dalam bekas makanan.
"Saya hilang kata-kata sebab masa tu majlis tengah berjalan, saya buat-buat macam normal. Mujurlah kawan-kawan yang hadir tidak perasan sangat dengan kecacatan yang berlaku pada majlis saya," katanya.
Kek perkahwinan Nur Hazimah kelihatan seperti tidak seimbang kerana kek bahagian bawah bersaiz lebih kecil berbanding kek di atasnya.
Tidak cukup dengan itu, kek perkahwinan yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada penyeri sesebuah majlis persandingan turut mencacatkan majlis mereka berdua.
"Kek memang termasuk dalam pakej dan dia kata kek diberikan percuma kerana termasuk dalam promosi pakej.
"Sebelum ini, semua okay. Kek orang lain pun cantik dia bagi, rezeki saya dia bagi kek yang 'unik' lain daripada lain.
"Mungkinlah dia beli kek di kedai biasa lepas tu dia hias-hias, jadilah (kek) atas besar dan (kek) bawah kecil," katanya yang terpaksa memotong kek itu dengan senyuman terpaksa.
Nur Hazimah berharap lelaki terbabit dapat tampil dan memberi penjelasan di atas perkara yang berlaku.
Senarai kekurangan yang berlaku pada majlis perkahwinan tersebut.
Wanita berusia 26 tahun itu juga tidak begitu berharap agar kerugian dialami dapat dikembalikan kerana mendakwa sudah terlalu ramai pasangan yang diperdaya oleh lelaki tersebut.
"Kami hanya harap dia keluar dan tiada lagi orang yang kena tipu sebab kasihan kepada mangsa," ujarnya.
Nur Hazimah pada 20 Februari lalu memuat naik posting mengenai insiden yang menimpanya di Twitter dan posting itu tular sehingga diulang kicau (retweet) sebanyak 7,588 kali.
Melalui posting tersebut, Nur Hazimah menyifatkan majlis persandingannya jadi seperti sampah dan amat memalukan kerana ia hanya dilakukan sekali seumur hidup.
0 Ulasan
jerit kat sini