Berdoa Tanpa Menadah Tangan DI LAMAN SOSIAL, BOLEH Atau TIDAK? Ini Jawapannya…

Berdoa Tanpa Menadah Tangan DI LAMAN SOSIAL, BOLEH Atau TIDAK? Ini Jawapannya…

Loading...
Berdoa Tanpa Menadah Tangan DI LAMAN SOSIAL, BOLEH Atau TIDAK? Ini Jawapannya…:





Pertanyaan yang sudah pasti sering bermain di kepala. Di zaman serba digital ini dilihat majoriti memanjatkan doa mereka di jejaring laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Jika dilihat, makin ramai Ustaz Laman Sosial dan Ustazah Laman Sosial, tidak termasuk, Ustaz dan Ustazah Selebriti lagi.

Lantas bagaimana agama kita memandang akan fenomena ini? Adakah dibolehkan atau tidak? Kalau tidak boleh, mengapa banyak Ustaz yang melakukannya?

Ini jawapan tentang berdoa tanpa menadah tangan, cuma jari-jemari menaip entry doa di laman sosial:

1. Berdoa di tempat umum tidak menjadi masalah apabila berdoa dalam mengajak orang lain untuk mengikuti kita.



Berdoa di laman media sosial adalah termasuk dalam kategori berdoa di tempat umum dalam keadaan terbuka. Ramai mata-mata yang melihat akan doa kita. Hal ini hampir sama seperti yang dilakukan oleh seorang khatib Jumaat.

2. Berdoa di tempat umum menjadi masalah apabila apa yang dicanangkan itu hal peribadi.



Sebuah ibadah yang dilakukan tanpa mempertimbangkan akidah akan berakhir dengan kekeliruan. Dalam hal doa, terdapat beberapa doa yang layak untuk diketahui dan dikongsikan bersama orang lain; antaranya doa mengajak berbuat kepada kebaikan, doa harian, dan lain-lain. Di mana dalam situasi yang berdoa juga ingin orang lain mengikutinya dalam hal kebajikan.

Rasulullah bersabda,Siapa yang mempertontonkan kebaikan, dia juga akan memperoleh pahala seperti pahala yang mengajak (orang yang mengikutinya). (HR. Muslim 1893).

Sedangkan doa-doa yang sifatnya privasi atau peribadi, maka adalah lebih baik jika tidak disebarluaskan. Jenis doa seperti ini seharusnya menjadi urusan pribadi sahaja tanpa perlu digembar-gemburkan kepada tontonan dan pengetahuan orang ramai. Doa yang seakan-akan riak dan menunjuk-nunjuk, juga harus kita elakkan.

Akan tetapi jika boleh dan berkesempatan, apa salahnya kita menadah tangan dan memohon daripadaNYA, dan bukannya menaip doa-doa tersebut.

Cukup juga berdoa menerusi hati atau lisan. Tulisan atau sesuatu dakwah itu juga merupakan suatu doa.
Teruskan berdoa. Doa akan lebih utama lagi jika diucapkan dengan keyakinan hati supaya tidak menjadi hanya doa yang kosong.

Moga doa kita dimakbulkannya.


Catat Ulasan

0 Ulasan