Mayat Mina ...anak hartawan Turki mati pesawat terhempas

Mayat Mina ...anak hartawan Turki mati pesawat terhempas

Loading...
Mayat Mina ...anak hartawan Turki mati pesawat terhempas

IRAN – Sebuah pesawat persendirian Turki yang membawa 11 penumpang terhempas di Iran.

Lapan penumpang itu termasuk tiga anak kapal.

Semua penumpang dipercayai maut mati selepas pesawat meletup di pinggir gunung berhampiran bandar Shahr-e Kord, di Iran barat.

Berita Hurriyet Turki berkata, para penumpang termasuk termasuk Mina Basaran, anak perempuan seorang ahli perniagaan terkenal dan tujuh rakannya.

Mereka dikatakan telah meraikan majlis di Dubai menjelang perkahwinannya pada bulan depan.

Bulan Sabit Merah Turki menerusi Twitter berkata, bangkai pesawat dan mayat penumpang telah ditemui dan akan dibawa turun dari gunung dalam operasi menyelamat pada waktu pagi.

Ketua Palang Merah Turki mengesahkan tiada penumpang terselamat, disebabkan pesawat berkenaan terhempas dalam keadaan cuaca buruk.

Sementara itu, jurucakap Organisasai Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh memaklumkan, pesawat tersebut terhempas di barat daya bandar Shahr-e Kord.

Pesawat Bombardier Challenger 604 dilaporkan milik sebuah syarikat yang dimiliki oleh hartawan perniagaan Turki, Huseyin Basaran – bapa pengantin perempuan.

Basaran adalah bekas Naib Pengerusi Trabzonspor, sebuah kelab bola sepak, juga memiliki empayar perniagaan dalam sektor tenaga, kewangan, pembinaan, makanan, pelancongan dan lain-lain.

Penduduk tempatan yang pertama tiba di lokasi nahas memaklumkan tiada mangsa ditemui terselamat, dan sebahagian mayat mangsa dilaporkan rentung.

Lokasi nahas yang terletak di kawasan pergunungan juga menyukarkan usaha mengeluarkan mangsa. 


Selain Mina, penumpang lain pesawat tersebut difahamkan rakan rapat beliau, yang baru selesai mengadakan parti bujang, sebelum Mina dijadualkan melangsungkan perkahwinan bulan depan.

Beliau membina blok apartmen mewah di Istanbul – Mina Tower – mengambil nama anak perempuannya

Pesawat peribadi berkenaan adalah milik Huseyin Basaran, bekas timbalan pengerusi kelab bola sepak Turki, Trabzonspor.

Basaran memiliki beberapa rangkaian perniagaan besar, termasuk dari kapal layar kepada sektor tenaga.


Salah satu daripada syarikatnya disenarai sebagai pemilik terbesar saham di Bank Middle East (BSC).

Basaran turut memiliki beberapa projek  pembinaan apartment mewah di Istanbul, dinamakan sempena anaknya 'Mina Tower'.

Beberapa  jam sebelum nahas, Mina Barasan memuatnaik gambar beliau dan tujuh rakan rapatnya dengan #minasbachelorette.

Gambar berkenaan dirakam di sebuah hotel mewah di Dubai.

Catat Ulasan

0 Ulasan