Isteri saya beri tanda nak mati.

Isteri saya beri tanda nak mati.

Loading...
Isteri saya beri tanda nak mati
     1.png
Seperti kita ketahui, kematian merupakan rahsia Allah. Namun demikian, tanda-tanda kematian dapat dirasai oleh orang yang hampir dengan si mati setelah si mati beberapi hari meninggalkan dunia.

Alangkah beruntungnya kita jika pasangan kita meninggalkan kita di dalam keadaan yang tenang.
Faid Norazmi merupakan suami yang bertuah dikurniakan seorang isteri yang solehah.

Isterinya baru sahaja meninggal dunia. Pada awalnya dia tidak menyedari kelakuan pelik isterinya, namun setelah isterinya meninggal, dia mula tersedar bahawa itulah tanda-tanda isterinya mahu meninggalkannya buat selama-lamanya.

Dia redha dengan ketentuanNya dan menasihati kepada pasangan di luar sana agar menghargai pasangan masing-masing dan sama- sama mencari keredhaan Allah.

Tanda-tanda kematian seorang srikandi hati

“Pada 10 Februari 2018 bersamaan hari sabtu, Allah gerakkan hati ayang untuk berkhidmat buat kali terakhir pada suami dan anak”

Hari ini genap sebulan di mana hari ayang menunjukkan beberapa tanda ayang akan pergi buat selamanya. Sewaktu ayang masih ada, abang tak perasan itu adalah tanda-tanda pemergianmu. Namun, setelah sehari selepas ayang pergi baru abang perasan.

Coretan saya pada kali ini mungkin agak panjang. Semoga kalian tidak bosan membacanya dan semoga ia membawa manfaat dan pengajaran buat kita semua.

Tanda pertama yang abang mula perasan, sebelum abang pergi exam ayang tiba-tiba tanya abang nak makan apa dan ayang bersungguh-sungguh tanya abang nak makan apa, sebab ayang memang nak masak special untuk abang.

Tetapi abang tak memilih dan abang tak kisah, janji abang dapat makan masakan ayang. Pada hari tu, ayang masak ayam masak merah dan tauhu jepun sos tiram. Abang tak sangka itu adalah masakan yang terakhir ayang untuk abang.

Tanda kedua, ayang nak pergi pasar. Pada mulanya ayang ajak mak pergi pasar, sebab mungkin ayang tengok abang sibuk study. Tetapi last minit ayang cancel nak pergi dengan mak dan ayang mintak abang teman.

Ayang cakap dengan abang kita dah lama tak dating sama-sama. Tetapi sebenarnya kita selalu je keluar berdua sama-sama. Abang tak tahu macam mana ayat tu boleh keluar dari mulut ayang. Ternyata, itu adalah kali terakhir kita keluar bersama.

Tanda ketiga adalah semasa di waktu petang selepas ayang pergi program dengan anak-anak halaqah ayang. Ayang post satu gambar di IG. Ayang buat caption,
Selain Khalil, anak-anak halaqah ini juga saham dunia akhirat buat ayang. Ayang pesan semoga semua boleh khatam hafaz al-quran dan jaga al-quran sampai mati. Ayang cakap tu juga pesanan buat diri ayang juga.

Tak sangka itu adalah post terakhir ayang dan pesanan terakhir buat anak-anak halaqah ayang.

Tanda keempat pula selepas balik makan malam dari restoran pak itam (restoran ika ikin) di Rembau. Ayang balik awal dengan mak dan abang balik lewat dengan abah. Sebaik abang sampai je dekat rumah, ayang dah tunggu abang di ruang tamu. Ayang minta abang dodoikan adik sebab adik meragam. Macam biasa abang akan baca al-mulk sambil tepuk adik.

Di sebabkan adik tak tidur jugak abang tambah bacaan surah ad-dhuha sampai an-nas. Masa abang baca surah-surah tu adik mula tidur dan bila abang toleh pandang ayang, ayang pandang abang lama sambil senyum.

Allah, senyum yang sangat manis. Ayang senyum dekat abang pun lama. Abang tahu ayang suka bila tengok adik tidur masa abang bacakan kalam suci dekat dia. Tetapi, sayang sekali itu adalah senyuman manis yang terakhir ayang buat abang.

Pada waktu yang sama juga, abang sudah pelik dengan kelakuan ayang yang menunjukkan tanda kelima ayang mahu tinggalkan abang.

Selepas habis baca surah an-nas, abang terus pass adik pada ayang. Ayang masuk bilik dulu nak tidur dengan adik, abang masih duduk di ruang tamu. Tak lama selepas tu ayang bagi tahu abang, adik terjaga dan meragam balik. Abang terus masuk bilik siap-siap nak tidur dan temankan ayang.
Waktu tu agak mengantuk sangat. Ayang masih menyusukan adik, sebab dia dah meragam. Sebelum abang lelapkan mata, ayang panggil abang dan ajak berborak dan ayang cakap kita sudah lama tak berborak.

Statement ni memang pelik dalam fikiran abang sebab memang kita selalu jugak borak sebelum tidur, tapi tak tahu kenapa malam tu ayang boleh buat statement macam tu. Abang tak menolak. Abang cakap kalau nak borak, alihkan tempat tidur adik dekat hujung dan ayang tidur tengah agar senang kita nak borak.

Ayang balas ,cakap tak mengapalah kemudian ayang terus sambung menyusukan adik. Seperti biasa, ayang akan mohon maaf pada abang atas segala kesalahan ayang sebelum kita tidur. Abang pun sentiasa memaafkan ayang, dan itu adalah kata maaf terakhir ayang pada abang.

Tanda keenam, tanda terakhir abang perasan, seperti biasa pada waktu subuh, abang nak ke masjid. Abang tengok ayang masih menyusukan adik dan abang tanya pukul berapa adik tidur malam tadi, dan pukul berapa dia bangun. Ayang menjawab, adik tak tidur langsung dari mula abang lelap sampai abang bangun subuh. Adik meragam dan ayang tak tidur jaga adik serta menyusukan adik.

Maafkan abang tak sedar. Khalil meragam sehingga subuh. Selepas abang balik masjid baru ayang dan Khalil tidur. Allah. Rupanya Khalil meragam malam tu mungkin sebab dia tau ayang nak pergi tinggalkan dia buat selamanya. Hebat kuasa Allah.

Selepas pemergian ayang, Khalil tak meragam macam dia meragam masa ayang ada. Dia seolah memahami ayang dah tak ada. Abah, wan, atuk dan family selesa jaga adik. Mereka tak penat jaga adik, sebab adik tak meragam. Hebat kuasa dan perancangan Allah.

Inilah enam tanda yang arwah isteri saya tunjukkan dua hari sebelum pemergiannya. Tanda-tanda ni berlaku dalam satu hari sahaja. Pada 10 Februari 2018 bersamaan hari sabtu, Allah gerakkan hati ayang untuk berkhidmat buat kali terakhir pada suami dan anak.
29066262_2013769911996965_73777792548212
Terima kasih ayang. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman seorang srikandi bernama Siti Aishah Binti Ismail yang Kau berikan padaku. Sungguh aku menjadi saksi akan kebaikan dan kemuliaan isteriku berbakti pada suami, anak, mak ayah dan rakan-rakannya di atas dunia ni. Perginya isteriku adalah kehilangan besar dalam hidupku. Aku redha atas ketentuanMu dan aku turut redha atas isteriku.

Semoga Engkau pelihara dan lindungi isteriku hingga Kau masukkannya ke dalam syurgaMu. Aamin.
Buat para sahabat-sahabatku, pesanku hargai dan redhailah pasangan kalian dalam setiap nafas kalian. Jangan sesekali kita abaikan dan sakiti hati mereka.

Jagalah pasangan kalian sebaiknya kerana pasangan kita adalah saham kita menuju ke syurga. Jika pasangan kita redha pada kita, insyaAllah syurga buat kalian. Buat yang masih ada pasangan, mari sama-sama kita cari dan dapatkan redha pasangan masing-masing. InsyaAllah redha pasangan kita, Allah juga akan redhai kita semua. Amin.


Catat Ulasan

0 Ulasan