Loading...
Hantu Wanita Berkebaya Merah Berkeliaran Lagi?
Semalam masyarakat Malaysia digemparkan lagi dengan penemuan perempuan berkebaya merah di laluan yang gelap gelita.
YANG LEMAH SEMANGAT DILARANG TENGOK!
Kejadian berlaku awal pagi tadi cer korang tengok video ni betul2... nak kata manusia.. xkan lah manusia.. seram den tengok sorang2 ni..
Pagi tadi pukul 3:24 am 28/3/2018
Ni yg seram nak lari kat tempat gelap ni
Lokasi Telok Bahang katanya..
Sekarang ni kecoh kat group sebelah ada org terserempak dgn perempuan kebaya merah! Tak sure apa yang dia tgh buat.Kalu korang prasan, lagu radio dia pun bertukar jugak weeyy.. pesan kat kawan2 korang yg selalu balik lambat tu supaya hati2!
Kredit: Mohd Fazli Ismai
Pagi aku hari ini menjadi begitu ‘seram’ dengan tersiarnya imej hantu ‘wanita berkebaya merah’ yang tersiar di akhbar Kosmo!
namun cerita di sebalik kehadiran makhlus halus ini rupanya lebih seram dari imej yang dirakamkan itu
sekurang-kurangnya dua kemalangan serius telah dilaporkan berlaku di Lebuh Raya PLUS berhampiran Sungai Petani berikutan kehadiran ‘gadis misteri’ ini
5 Februari 2009
Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.
Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.
“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.
“Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
20 April 2009
Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.
“Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.
Baiklah. AKu tak tahulah agama lain, tetapi sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai perkara ghaib ni kalau tak maka tak sempurnalah iman kita
Cuma bagi mengelakkan perkara ini terus menjadi buah mulut dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, aku harap ‘sesuatu’ dapat dilakukan
jangan ingat zaman milenium begini perkara seperti itu tidak wujud…benda ini akan terus kekal selagi ia diizinkan Tuhan
Tetapi paling aku takut sekiranya kes sebegini terus digembar-gemburkan hingga ia menjadi tidak terkawal, maklumlah masyarakat kita cukup obses dengan benda-benda sebegini
0 Ulasan
jerit kat sini