Marissa Dania Jadi Pujaan Ramai Jejaka, Ini Respon Norman

Marissa Dania Jadi Pujaan Ramai Jejaka, Ini Respon Norman

Loading...
Marissa Dania Jadi Pujaan Ramai Jejaka, Ini Respon Norman Hakim Bila Ramai Luah Hasrat Jadi ‘Imam’:





Sejak kebelakangan ini, anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi jadi perhatian di media sosial. Memiliki  wajah yang lembut, putih gebu, pemalu sedang belajar agama pula, memang ramai jejaka yang berhasrat nak menyunting Marissa Dania sebagai isteri.

Perkara ini diakui oleh Norman dalam instagramnya. Ujar pelakon ini ramai yang menghantar mesej di instagram untuk ‘merisik’ anak dara suntinya.

Tak mahu ‘bakal-bakal imam’ tertunggu-tunggu maka ini jawapan Norman buat mereka. Padu sungguh!

Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh ‘viral’.Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu.Yang pilu pun ada jugak.
Nak bagitau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan
Kepada majoriti yg ber’niat’ utk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhuwah & silaturahim sesama kita.


Utamakan yang utama, kata Abby

Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini
Lepas tu barulah fikirkan utk ‘mendirikan masjid’.Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid’.

Doakan dia



Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.
Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok����Aamiin in shaa Allah❤️
Ha amacam, harap yang DM Norman tu, faham ya. Kita tengok siapa jejaka bertuah yang dapat jadi menantu Norman ni nanti. Lambat lagi kot, umur Marissa ni baru 13 tahun uolls.


Sumber: normanhakim_786


Catat Ulasan

0 Ulasan